Bekas pelumba F1 Jerman Jochen Mass meninggal dunia pada usia 78 tahun

05/05/2025

MUNICH, 5 Mei. - Bekas pelumba Formula Satu (F1) Jerman, Jochen Mass meninggal dunia pada usia 78 tahun, menurut kenyataan keluarganya kepada agensi berita Jerman dpa.

Mass meninggal dunia pada Ahad di Cannes akibat strok yang dialaminya pada Februari lalu.

Dilahirkan di Bavaria, Mass menyertai 105 perlumbaan F1 antara 1973 hingga 1982.

Sepanjang kariernya bersama pasukan McLaren, beliau berjaya menaiki podium sebanyak lapan kali dan memenangi satu perlumbaan di Grand Prix Sepanyol 1975. - ©BERNAMA



Attachments