MOSCOW, 23 April. - Kebakaran hutan di New Jersey merebak meliputi kawasan seluas 1,280 hektar, memaksa ribuan penduduk di Daerah Ocean meninggalkan kediaman mereka, menurut Perkhidmatan Bomba Hutan New Jersey, lapor agensi berita Rusia Sputnik/RIA Novosti.
Kebakaran itu, yang bermula pada Selasa di Kawasan Pengurusan Hidupan Liar Hutan Greenwood, sedang marak di kawasan perbandaran Ocean dan Lacey pada malam Selasa dan hanya berjaya dikawal lima peratus, menurut kemas kini terkini bomba New Jersey di platform X.
Kebakaran itu mengancam kira-kira 1,300 struktur, dan arahan pemindahan wajib telah dikeluarkan kepada 3,000 penduduk.
Punca kebakaran masih dalam siasatan. - ©BERNAMA