Viet Nam mulakan pembinaan landasan kereta api laju utara-selatan menjelang 2026

24/04/2025

HANOI, 24 April. - Kerajaan Viet Nam menetapkan tarikh akhir bagi majlis pecah tanah projek landasan kereta api berkelajuan tinggi utara-selatan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2026, lapor Xinhua.


Kerajaan menetapkan bahawa kerja-kerja pembinaan, perolehan dan pemasangan peralatan bagi projek itu perlu disiapkan menjelang 2035 bagi membolehkan ia mula beroperasi secara rasmi, lapor Agensi Berita Viet Nam (VNA) memetik satu resolusi yang dikeluarkan pada Rabu.


Majlis Kebangsaan Viet Nam meluluskan dasar pelaburan bagi projek itu pada November lalu, dengan jumlah pelaburan mencecah 1.7 kuadrilion dong Viet Nam (sekitar AS$65.2 bilion).


Projek itu melibatkan pembinaan landasan sepanjang kira-kira 1,541 kilometer, lengkap dengan 23 stesen penumpang dan lima stesen kargo, serta direka mencapai kelajuan maksimum 350 kilometer sejam. - ©BERNAMA


Attachments