MOSCOW, 24 April. - Rumah Putih kini sedang mempertimbangkan kemungkinan menarik balik sekatan terhadap saluran paip gas Nord Stream 2 serta beberapa aset Rusia di Eropah sebagai sebahagian daripada rundingan berkaitan Ukraine, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut laporan Politico pada Khamis yang memetik sumber, utusan khas Presiden Amerika Syarikat, Steve Witkoff merupakan pencetus utama kepada cadangan menarik balik sekatan itu.
Bagaimanapun, sumber lain menyatakan cadangan itu masih belum mendapat sokongan yang meluas di Rumah Putih.
Laporan turut menyebut bahawa Setiausaha Negara AS, Marco Rubio cuba menggagalkan cadangan berkenaan. - ©BERNAMA