Jumlah pelancong asing ke Heng Dian World Studio naik 1,000 peratus

10/03/2025

BEIJING, 10 Mac. - Jumlah pelancong asing yang berkunjung ke Heng Dian World Studio pada 2024 meningkat hampir 10 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.


Peningkatan itu berikutan dasar kemudahan visa yang dilaksanakan China dan populariti filemnya di luar negara. Semakin ramai pelancong asing mahu melawat lokasi penggambaran filem dan menikmati keindahan semula jadi China.


Dabila Vian, seorang pelancong asing yang juga peminat filem 'Ne Zha 2', gemar menonton filem kung fu China sejak kecil dan amat berminat dengan watak kesatria dalam filem China.


Dabila Vian dan rakannya yang berkunjung ke studio Heng Dian berpeluang mengenakan pakaian tradisional China dan berasa seolah-olah berada dalam filem China.


Selain studio Heng Dian, Dabila dan rakannya merancang untuk melawat lokasi penggambaran itu dan pergi ke Hangzhou, Wenzhou, Jinhua serta tempat-tempat lain untuk menikmati keindahan alam, budaya dan sejarah China.


Mereka juga akan berkongsi pengalaman di negara Tembok Besar dengan keluarga dan rakan melalui gambar dan video. - ©BERNAMA



Attachments