MOSCOW, 17 Dis. - Jumlah pendatang haram yang tiba di Sepanyol melalui laut mencatatkan rekod tertinggi pada 2024, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Seramai 57,738 orang tiba di pantai Sepanyol dari Januari hingga 15 Dis 2024, meningkat sebanyak 240 orang berbanding 2018, menurut Kementerian Dalam Negeri Sepanyol pada Isnin.
Mereka tiba di negara itu dengan 1,719 bot, menurut kenyataan kementerian berkenaan, yang turut memaklumkan bahawa 43,737 pendatang haram mendarat di Kepulauan Canary.
Kumpulan besar migran tanpa dokumen sering kali berusaha menyeberangi sempadan selatan dan pulau-pulau Sepanyol.
Bilangan mereka meningkat sebanyak 85.1 peratus antara 1 Jan hingga 15 Sept 2024, berbanding tahun sebelumnya, menurut data Kementerian Dalam Negeri Sepanyol.-©BERNAMA