PARIS, 16 Dis. - Ratusan orang dipercayai maut di wilayah Perancis, Mayotte, selepas Taufan Chido melanda kepulauan di Lautan Hindi.
Prefek François-Xavier Bieuville memberitahu stesen radio Mayotte la 1ere bahawa tiada angka korban rasmi setakat ini, sehari selepas ribut itu membadai pulau itu.
Namun, beliau berkata, "Saya fikir jumlahnya pasti ratusan," sambil menambah bahawa angka korban mungkin mencecah ribuan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Lebih 250 orang cedera dalam ribut itu, yang turut melanda Madagascar dan Mozambique.-©BERNAMA