NEW DELHI, 16 Dis. - Pemain tabla kelahiran India yang terkenal, Zakir Hussain meninggal dunia pada usia 73 tahun.
Berpangkalan di Amerika Syarikat, pemuzik itu meninggal dunia di sebuah hospital di San Francisco.
Beliau menerima rawatan untuk penyakit jantung sejak dua minggu lepas dan meninggal dunia awal pagi Isnin kerana komplikasi daripada fibrosis paru-paru idiopatik, penyakit paru-paru, menurut laporan media yang memetik keluarganya.
Salah daripada pemain perkusi terbaik, Zakir mempopularkan seni bermain tabla.
Dilahirkan di Mumbai pada 1951, beliau mula belajar muzik pada usia muda daripada bapanya dan pemain tabla yang hebat, Ustad Alla Rakha.
Zakir meninggalkan isterinya, Antonia Minnecola, dan anak perempuan Anisa Qureshi dan Isabella Qureshi.
Para peminatnya meratapi pemergian maestro itu sebagai kehilangan besar yang sukar dicari ganti dalam dunia muzik klasik India.-©BERNAMA