Taufan Milton hampiri Florida berserta hujan lebat dan angin kencang

10/10/2024

FLORIDA (Amerika Syarikat), 10 Oktober. - Taufan Milton menghampiri pesisir pantai barat Florida pada Rabu (9 Okt), membawa bersama hujan lebat dan angin kencang, hanya dua minggu selepas kawasan tersebut dilanda kemusnahan oleh Taufan Helene, menurut laporan Agensi Anadolu.


Ketika Taufan Milton semakin menghampiri, pihak berkuasa meningkatkan amaran dan mendesak penduduk agar mengambil langkah berjaga-jaga segera.


Milton dijangka memberi kesan besar kepada kawasan padat penduduk di Teluk Tampa, yang merupakan kediaman lebih tiga juta orang.


Menurut laporan media antarabangsa, lebih lima juta penduduk di sepanjang pantai barat Florida diminta untuk meninggalkan kawasan itu.


Pada Selasa, Milton kembali menjadi Taufan Kategori 5, dengan kelajuan angin sekitar 270 km/j. - ©BERNAMA



Attachments