YAOUNDE, 10 Julai. - Dewan Rakyat Cameroon pada Selasa meluluskan rang undang-undang untuk melanjutkan mandat Ahli Parlimennya selama setahun dari tarikh tamat pada 10 Mac 2025 hingga 30 Mac 2026, lapor Xinhua.
Ketika mempengerusikan sesi pleno bagi meluluskan rang undang-undang itu, Speaker Dewan, Cavaye Yeguie Djibril menyatakan bahawa langkah itu penting untuk mengurangkan kesesakan dalam kalendar pilihan raya tahun depan yang akan menyaksikan pilihan raya Presiden, Parlimen, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di negara Afrika Tengah itu.
Minggu lalu, kerajaan berkata lanjutan itu bagi membahagikan pilihan raya ke tahun 2025 dan 2026 secara berperingkat demi memastikan pengurusan yang lebih baik. - ©BERNAMA