EURO 2024: Dua gol lewat Malen 'hantar' Belanda ke suku akhir

03/07/2024

MUNICH, 3 Julai. - Donyell Malen menjaringkan dua gol lewat ketika Belanda menewaskan Romania 3-0 pada Selasa untuk mara ke suku akhir Euro 2024, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

 

Pemain sayap Liverpool, Cody Gakpo mempamerkan aksi cemerlang dengan meletakkan Belanda di hadapan pada minit ke-20.

 

Belanda selepas itu terus meningkatkan asakan ke gawang Romania namun mensia-siakan banyak peluang untuk menambah jaringan. Pemain gantian Malen memastikan kemenangan selesa Belanda dengan dua gol pada minit ke-83 dan minit ketiga masa kecederaan.

 

Belanda akan bertemu Turkiye dalam aksi suku akhir pada Sabtu di Berlin. - ©BERNAMA

 


Attachments