Industri ringan China kekal momentum pemulihan

10/06/2024

BEIJING, 10 Jun. - Industri ringan China mengekalkan momentum pemulihan pada empat bulan pertama tahun ini sekali gus memberi sokongan kukuh kepada pembangunan sektor perindustrian yang mampan di negara ini.

Menurut statistik terkini Majlis Industri Ringan Nasional China (CNLIC), pendapatan diperoleh industri ringan dari Januari hingga April mencatat hampir 7 trilion yuan (RM4.56 trilion), naik 2.6 peratus dari tahun ke tahun.

Dalam pada itu, kadar pertumbuhan nilai tambah industri pembuatan kertas, produk plastik dan alat elektronik isi rumah direkod melebihi 10 peratus.

Nilai eksport bagi seluruh sektor industri ringan pula menyaksikan peningkatan sebanyak 3.5 peratus.

Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China akan terus melaksanakan dasar dan pendekatan untuk memantapkan pertumbuhan, memperluas permintaan domestik dan merangsang perbelanjaan bagi memacu pembangunan industri ringan secara berkualiti tinggi. - ©BERNAMA


Attachments