Arab Saudi salur US$5 juta sediakan makanan untuk rakyat Palestin di Gaza

09/04/2024

MOSCOW, April 9. - Arab Saudi telah menyalurkan US$5 juta untuk Program Makanan Sedunia (WFP) bagi menyokong operasinya di Semenanjung Gaza dan menyediakan makanan kepada rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal, yang terjejas akibat konflik itu, menurut WFP.

“Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan sumbangan US$5 juta daripada Kerajaan Arab Saudi melalui Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) untuk menyokong operasinya di Palestin," kata WFP dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Sputnik. Dana itu akan menyediakan bantuan makanan yang dapat menyelamatkan nyawa kira-kira 377,000 orang di kawasan berkenaan, menurut kenyataan itu. - ©BERNAMA

 


Attachments