8 masih hilang selepas bot dan kapal bertembung di Selatan China

08/04/2024

SANYA (CHINA), 7 April. -  Lapan orang masih hilang selepas bot menangkap ikan mereka bertembung dengan sebuah kapal kontena berdaftar di Panama di barat daya perairan Wilayah Selatan China, Hainan pada Rabu yang mengakibatkan bot itu tenggelam, menurut pusat mencari dan menyelamat wilayah itu pada Ahad.  

Lokasi bot yang tenggelam itu dikenal pasti pada Sabtu menerusi usaha mencari dan menyelamat dibantu teknologi canggih seperti robot di bawah air dan kapal selam kawalan jauh, lapor Xinhua.

Bagaimanapun, arus deras di lokasi dan pukat menangkap ikan di sekeliling bot itu menghalang penyelam daripada memasuki kabin. 

Setakat 5 petang Sabtu, bot penyelamat, pesawat dan anggota penyelamat telah dihantar untuk mencari mereka yang hilang di kawasan melebihi 5,700 batu nautika persegi. 

Bot menangkap ikan  "Yuenan Aoyu 36062" bertembung dengan kapal kontena Panama itu "SITC DANANG" di 22 batu nautika barat daya Pekan  Yinggehai di Daerah Ledong kira-kira tengah malam Rabu. - © BERNAMA



Attachments