Jutaan pengunjung dijangka hadir ke masjid di Tanah Suci untuk Majlis Khatam Al-Quran

08/04/2024

MAKKAH, 7 April. - Kepresidenan Hal Ehwal Agama di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi sedang melakukan persiapan menyambut kehadiran jutaan pengunjung pada malam ke-29 Ramadan, dikenali sebagai malam khatam bacaan al-Quran.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan persiapan meliputi pelbagai perkhidmatan termasuk bimbingan agama, sesi pembelajaran dan  kawasan yang ditetapkan untuk menjawap pertanyaan.   

Presiden Hal Ehwal Agama Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi  Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, menekankan kepentingan semua petugas keagamaan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan rancangan khusus pada malam itu.

Dr Al-Sudais juga menekankan keperluan kerjasama rapat dengan semua organisasi berkaitan dalam Dua Masjid Suci itu.

Ini termasuk memanfaatkan teknologi, perkhidmatan penterjemahan dan sumber lain untuk memberikan perkhidmatan optimum kepada jemaah, jemaah umrah dan pelawat bagi memudah cara mereka menunaikan kewajipan agama dengan mudah. - © BERNAMA



Attachments