Pellegrini menang pilihan raya Presiden Slovakia dengan 53.12 peratus undi

09/04/2024

BRATISLAVA, 7 April. - Yang Dipertua Parlimen Slovak, Peter Pellegrini yang menentang penjualan senjata ke Ukraine, memenangi pilihan raya presiden di Slovakia dengan 53.12 peratus undi, menurut data Pejabat Perangkaan Slovak pada Ahad selepas kesemua kertas undi diproses.

 

Lawannya, bekas Menteri Luar Slovak Ivan Korcok seorang penyokong kuat Ukraine menerima 46.87 peratus daripada undi, lapor Sputnik.

 

Korcok memenangi pusingan pertama pilihan raya pada 23 Mac dengan 42.51 peratus undi sementara Pellegrini menerima 37.02 peratus undi. - ©BERNAMA



Attachments