Hidap kanser : Raja Charles III zahir ucapan terima kasih atas sokongan rakyat

11/02/2024

LONDON, 11 Feb. - Raja Britain Raja Charles III dalam perutusan sulung baginda selepas disahkan menghidap kanser, menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat atas ucapan dan ingatan tulus iklas terhadap baginda.

“Sama seperti penghidap kanser yang lain, sesungguhnya sokongan dan dorongan yang diberikan menjadi sumber kekuatan dan galakan yang sungguh bermakna.

“Beta amat berbesar hati apabila mengetahui bahawa perkongsian diagnosis beta telah membantu lebih ramai rakyat untuk lebih memahami mengenai penyakit ini, selain mengetengahkan usaha organisasi yang menyokong pesakit kanser dan keluarga mereka di seluruh UK dan dunia secara menyeluruh," titah baginda dalam perutusan itu.

Baru-baru ini Istana Buckingham dalam satu kenyataan memaklumkan Raja Charles III disahkan menghidap kanser. Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan bonda baginda Ratu Elizabeth II pada 8 Sept 2022. - ©BERNAMA



Attachments