SINGAPURA, 12 Ogos - Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura pada Sabtu mengumumkan bahawa pihaknya menahan 49 lelaki kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah di sebuah vila di Pulau Sentosa dalam satu operasi baru-baru ini, lapor Xinhua.
Kesemua mereka berusia antara 21 dan 46 tahun, dengan 35 daripadanya warga Singapura, menurut kenyataan CNB.
Dadah termasuk "ekstasi" dan ketamin, dan alatan memproses dadah telah dirampas semasa operasi itu, menurut kenyataan itu.
Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan, menurut CNB.
-BERNAMA