Pelanggan penstriman E-dagang China cecah lebih 460 juta

24/11/2022


BEIJING, 24 Nov. - Jumlah pelanggan China yang mengikuti penstriman peruncit e-dagang dicatatkan sebanyak 469 juta meningkat 204 juta berbanding Mac 2020.

 

Menurut Institut Pengajian Majlis China bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT), angka itu merangkumi 44.6 daripada jumlah keseluruhan pelayar internet di China.

 

Memetik CCPIT dalam 'Laporan Arus Zaman Perkembangan Perniagaan Elektronik China Tahun 2022 – Peranan Penting E-dagang dalam Pembangunan Ekonomi Berkualiti Tinggi', pada tempoh Mei 2021 hingga April 2022, lebih sembilan juta penstriman di TikTok setiap bulan dengan lebih 10 bilion produk dijual dengan nilainya meningkat 2.2 kali ganda.

 

Mengikut laporan itu lagi, setakat Mac 2022, pelayar yang menonton penstriman di Taobao turut melebihi angka 50 bilion.

 

CCPIT menyatakan, teknologi digital dianggap menjadi penggerak baharu kepada penaiktarafan penggunaan berikutan model baharu penggunaan yang dihasilkan teknologi  itu.

 

“Sebagai contoh, kini muncul 'beli belah dan konsert awan' yang sangat digemari golongan belia.

 

"Sementara itu, teknologi digital telah mendorong penaiktarafan struktur penggunaan, mendinamikkan pengeluaran industri untuk memenuhi permintaan penggunaan yang pelbagai dan istimewa," jelas CCPIT.

 

Dalam konteks situasi semasa dalam dan luar negara yang rumit dan beberapa banyak unsur luar jangkaan, China berjaya menyusun atur pencegahan dan kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonomi, mewujudkan pemulihan ekonomi pada suku tahun ketiga.

 

E-dagang turut berperanan penting dalam tiga aspek antaranya sebagai penggerak utama bagi menggalakkan penggunaan dan menjamin pembekalan.

 

Pada Januari hingga September tahun ini, nilai jualan runcit barangan dalam talian mencatat RMB8.2 trilion (RM5.2 trilion), meningkat 6.1 peratus, iaitu jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan jualan runcit barangan seluruh masyarakat.

 

Selain itu, e-dagang di China turut menginovasi penggunaan yang mendorong kepada transformasi industri perkhidmatan.

 

Setakat Jun 2022, jumlah pelanggan yang bekerja secara dalam talian adalah seramai 461 juta orang iaitu 43.8 peratus daripada jumlah keseluruhan pelayar internet China.

 

Jumlah pelanggan yang mendapat perubatan secara dalam talian kini seramai 300 juta orang iaitu 28.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pelayar internet China.

 

Dalam pada itu, peruncit e-dagang rentas sempadan dilihat turut menjadi penyumbang dalam menstabilkan perdagangan luar dan menggalakkan penggunaan.

 

Menurut statistik Kementerian Perdagangan China, jumlah perdagangan peruncit e-dagang pada setengah pertama 2022 meningkat 28.6 peratus yang bukan sahaja memenuhi keperluan perseorangan yang istimewa, malah turut menjadi saluran penting bagi pembelian global. - ©BERNAMA



Attachments