BUENOS AIRES, 24 Nov. - Mahkamah Pilihan Raya Tertinggi Brazil menolak permintaan parti Liberal yang dipimpin Presiden negara itu, Jair Bolsonaro membatalkan sebahagian undi pada pilihan raya presiden 2022 dan didenda 22.9 juta real (US$4.2 juta) lapor Sputnik memetik laporan portal berita G1 pada Rabu.
Pada Selasa, Parti Liberal Bolsonaro yang tewas mendakwa bahawa sistem pengundian elektronik "tidak berfungsi dengan baik" dan meminta undian yang dikeluarkan melaluinya dibatalkan.
Mahkamah memberi masa 24 jam kepada pihak berkenaan untuk memberikan keterangan.
Hakim Mahkamah Pilihan Raya Brazil Alexandre de Moraes menolak permintaan itu, sambil berkata parti itu "membawa kes ke mahkamah dengan niat buruk", menurut laporan itu.
Mahkamah juga menjatuhkan denda 22.9 juta real terhadap parti itu.
Luiz Inacio Lula da Silva memenangi pilihan raya presiden pada pusingan kedua pada 30 Okt.
Beliau telah berkhidmat selama dua penggal dari 2003 hingga 2010 sebelum berhadapan dakwaan jenayah atas tuduhan rasuah.
Beliau menjalani hukuman 12 tahun bermula pada 2018, tetapi Mahkamah Agung Brazil kemudiannya membatalkan kes itu dan Lula dibebaskan dari penjara pada 2019.
Tempoh perkhidmatannya akan bermula pada 1 Jan 2023. - ©BERNAMA