Syarikat penerbangan Portugis TAP batal 360 penerbangan akibat mogok

24/11/2022


LISBON, 24 Nov. - Syarikat penerbangan Portugis TAP memaklumkan pada Rabu bahawa pihaknya akan membatalkan 360 penerbangan yang dijadualkan dari 8-9 Disember kerana mogok oleh Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Penerbangan (SNPVAC).


Keputusan itu dibuat bagi mengelakkan "ketidakpastian buat pelanggan", menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.


Pembatalan penerbangan itu dianggar membabitkan kerugian sekitar €8 juta (AS$8.3 juta), lapor Xinhua.


"Keputusan ini akan mendatangkan kos yang besar kepada TAP, tetapi ia adalah keputusan yang tepat bagi melindungi penumpang kami," menurut syarikat penerbangan itu.


TAP akan cuba mencari penyelesaian terbaik  meminimumkan kesulitan.


Anggota yang dikaitkan dengan SNPVAC mengumumkan mogok, sambil berkata "ketidakpuasan hati, penentangan dan rasa tidak selesa" dalam kalangan pekerja disebabkan rancangan penstrukturan semula TAP, termasuk isu pemotongan gaji antara lain.-©BERNAMA



Attachments