PM Korea Selatan minta langkah keselamatan ketika sorakan di jalanan sempena Piala Dunia

23/11/2022

SEOUL, 23 Nov. - Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck Soo pada Rabu mengarahkan pihak berkuasa memastikan langkah keselamatan diambil susulan penyokong Piala Dunia dijangka mengadakan sorakan di jalanan pada skala besar.

 

Arahan itu dikeluarkan ketika Kerajaan Metropolitan Seoul memutuskan untuk membenarkan acara sorakan di jalanan bagi perlawanan Piala Dunia pasukan bola sepak kebangsaan minggu ini dan minggu depan, meskipun negara itu berdepan tragedi rempuhan orang ramai akhir bulan lalu.

 

Dalam kejadian rempuhan pada 30 Okt di daerah Itaewon, Seoul, semasa golongan muda-mudi meraikan Halloween, seramai 158 orang terkorban

 

Han menggesa pihak berkuasa “bersedia sepenuhnya agar tiada sebarang kemalangan berlaku," dan sorakan jalanan dijadual diadakan Khamis ketika perlawanan pembukaan Korea Selatan menentang Uruguay.

 

Han juga meminta "kerjasama supaya orang ramai yang menyertai acara itu dengan teratur dan selamat."

 

Berkenaan peningkatan semula kes COVID-19, Han meminta agar orang ramai mendapatkan vaksin terkini.

 

"Kita perlu mempercepatkan vaksinasi," kata Han, menekankan keperluan untuk vaksinasi mereka berusia 60 tahun ke atas.

 

Han memberi jaminan kepada orang ramai bahawa suntikan COVID-19 yang dikemas kini adalah lebih selamat berbanding vaksin sebelum ini. - ©BERNAMA



Attachments