Oleh:Firdaus H.N.
Mukadimah
TUJUAN Allah Subhanahu Wata'ala menciptakan jin dan manusia di muka bumi ini adalah semata-mata untuk berbakti, ta'abudi,
mengabdi dan beramal ibadah ke hadrat Allah Rabbul 'alamin.
Disediakan-Nya syurga dan neraka, diberikan ganjaran pahala bagi
hamba-Nya yang beramal soleh dan bertakwa, dan diberi peringatan bahawa
hamba-Nya yang engkahkufur akan diazab dengan azab yang amat pedih
lantaran perbuatan mereka sendiri.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah az-Zaanyat, ayat 56 bermaksud:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepadaKu.”
Mengamalkan
zikrullah iaitu mengingati Allah merupakan jalan yang terbaik untuk
terus memiliki keamanan sama ada dalam kehidupan individu mahupun dalam
kehidupan bernegara kerana Allah akan sentiasa mengingati hamba-hambaNya
yang sering mengingatiNya dalam apa jua urusan dan keadaan.
Firmaan Allah Ta'ala dalam Surah al-Baqarah, ayat 152 tafsirnya:
“Kamu ingat Aku, nescaya Aku akan mengingati kamu pula.”
Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Ahzab, ayat 41 tafsirnya:
“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.”
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, bermaksud :
“Perumpamaan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir, adalah seperti orang hidup dengan orang mati.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Musa Al-Asy'ari Radiallahuanhu)
Agar pembicaraan lebih fokus, perkataan “MUSLIM”
itu sendiri mengandungi untaian harfiah yang unik dan dinamik dalam
menghuraikan takrif dan usaha ke arah memelihara jati diri muslim.
M - Mandiri
U - Ukhwah
S - Solat (Sembahyang)
L - Laaillahaillallah...
I - Ilmu
M - Madani
M - Mandiri
Umat
Islam pada hakikatnya adalah umat yang unggul dan hebat. Keunggulan dan
kehebatan ini diperakui oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan termaktub
dalam Al-Qur'an sebagaimana firman-Nya dalam Surah 'Ali Imran: 110,
bermaksud:
“Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat
yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) knmu menyuruh
berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara
yang salah (buruk dan keji)...”
Islam Sebagai Al - Din
Islam
ialah agama yang diredai oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Agama yang
memimpin manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ianya
merupakan sebesar-besar nikmat dari Allah Subhanahu Wata'ala kepada umat
manusia.
Firman Allah Ta'ala bermaksud:
“Pada
hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu (Islam dan telah-Ku
cukupkan untuk kamu nikmat dan telah Aku redai Islam itu Din (agama)
kamu.”
(Surah al-Maidah, ayat 35: 3)
Sikap
tegas dan perkasa kerajaan negaranegara Islam menjadikan Islam sebagai
agama rasmi negara amatlah disanjung tinggi. Sebagaimana disebutkan
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim daripada Abu
Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya seorang mukmin yang kuat lebih baik daripada seorang mukmin yang lemah.”
Umat Mandiri
Umat
Islam yang mandiri adalah umat yang mampu berdikari dan berdiri sendiri
berpaksikan Islam. Tiiak bergantung pada umat lain yang bukan Islam
dalam segala hal. Umat Islam yang mandiri, memiliki jati diri yang
kukuh. Iaitu memiliki pegangan hidup dan beragama yang kukuh, ainul
yakin, murni dan mantap. Beriman, bertakwa dan bermaruah kerana memiliki
sepenuh dan seluruhnya identiti Islam. Iaitu memiliki perlembagaan dan
sistem hidup berteraskan Al-Qur'an dan al-Sunnah. Firman Allah Ta'ala
dalam Surah al-Baqarah ayat 28, bermaksud: “Wahai orang-orang yang
beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala
hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
U - Ukhwah
Fenomena Dunia Islam
Keresahan
dan kekhuatiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sejak lebih 1429
Hijrah yang silam kini seolah-olah menjadi kenyataan.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dari Tsauban, yang bermaksud:
“Hampir
seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang
sedang lapar menghadapi hidangan makanan. Mereka bertanya : Apakah kita
sedikit pada masa itu wahai Rasulullah? jawab Baginda : Malah kamu
banyak, tetapi kamu laksana buih air Bah. Dalam pada itu hati mereka
tidak ada rasa segan terhadap kamu dan dalam hati kamu sendiri tumbuh
penyakit 'Wahn'. Apa yang dimaksudkan dengan penyakit 'Wahn' itu wahai
Rasulullah? maksudnya ialah di dalam hati kamu bertakhta perasaan cinta
dunia dan takut mati.”
(Riwayat Al-Imam Abu Daud dan Ahmad)
Masa kini, kedudukan umat Islam semakin ketara amat terancam dan tidak selesa. Di mana
umat
Islam dituduh selaku ekstremis, teroris, pencetus huru hara, pengeboman
diri berani mati, yang menjadikan umat Islam sebagai warga minoriti
dalam negara bukan Islam, dan juga selaku warga dunia di era dunia tanpa
sempadan, era globalisasi dan di era ledakan ICT ini, dalam situasi
terancam, teraniaya dan kini diancam dengan ideologi musuh-musuh Islam,
iaitu 'penghapusan umat' (Ideologi Gila: 'World Without Islam').
Justeru
umat Islam seluruh dunia mesti bersatu padu. Jika umat Islam dapat
bersatu padu dan berukhwah sebagaimana pernah diamalkan oleh kaum Ansar
dan Muhajirin yang berjaya membentuk 'UmahMadani' dan 'Daulah Islamiah
Madinah al-Munawwarah', umat Islam dan negara-negara Islam akan menjadi
kukuh dan tidak mustahil menjadi pemimpin di muka bumi
(khalifatullahifilard).
Firman Allah Ta'ala dalam Surah an-Nur, ayat 55, bermaksud:
“Allah
telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari
kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka
khalifah-khalifah di muka bumi...”
Hakikatnya umat Islam
memiliki banyak sumber kekuatan tetapi sumber-sumber tersebut diabaikan
dan dipersiakan. Akhirnya umat Islam semakin lalai dan sumber kekuatan
itu lenyap daripada kuasa dan milik mereka.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah 'Ali Imran, ayat 140 bermaksud:
“Dan masa kejayaan dan kehancuran Kami pergilirkan di antara manusia agar mereka mendapat pelajaran.”
Firman Allah Ta'ala dalam Surah at-Talaq, ayat 3:
Maksudnya: “Dan
(ingatlah)! Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah
cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”
Pembentukan
Generasi 'Madani' dan Daulah Islamiah Madinah al-Munawwarah adalah
hasil perutusan dan dakwah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bersifat yang universal, penuh hikmah dan menjadi rahmat kepada seluruh
alam, iaitu ajaran Islam yang maha suci yang diredai Allah, penyelamat
manusia di dunia dan akhirat, sesiapa yang menolaknya bererti rugi.
Maksud firman Allah Subhanahu Wata'ala:
“Katakanlah
(wahai Muhammad) 'Inilah jalanku, aku dan orong-orang yang menurutku,
menyeru manusia umumnya kepada agama Allah (Islam) dengan berdasarkan
keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan, Maha Suci
Allah (daripada segala iktikad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku
daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”
(Surah Yusuf: ayat 108)
Ayat
di atas menjelaskan bahawa dakwah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam ialah seruan kepada agama Islam, jalan lurus, syumul, diredai
Allah dan penyelamat dan membawa kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan
akhirat.
Maksud firman Allah Ta'ala:
“Sesungguhnya, agama (al-Din) yang diredai di sisi Allah Subhanahu Wata'ala ialah Islam.”
(Surah 'Ali-Imran, ayat 19)
Dan maksud firman Allah Ta'ala:
“Apakah
mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah, padahal
kepada-Nya, menyerah diri apa yang ada di langit dan di bumi baik dengan
sukarela mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan.”
(Surah 'Ali-Imran, ayat 83)
Dan maksud firman Allah Ta'ala:
“Barangsiapa
yang mencari (berpegang) selain daripada agama Islam maka tidaklah akan
diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk di kalangan
orang-orang yang rugi.”
(Surah 'Ali-Imran, ayat 85)
Dan maksud firman Allah Ta'ala:
“Maka
pada hari ini Aku (Allah) telah menyempurnakan agama (Din) kamu untuk
kamu dan Aku (Allah) telah menyempurnakan rahmat-Ku untuk kamu dan Aku
(Allah) telah reda bagi kamu sekalian akan Islam itu menjadi Din (agama)
kamu.”
(Surah al-Ma'idah, ayat 3).
Dalam
melaksanakan dakwah, Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah
dibantu oleh para sahabat. Selepas Baginda wafat, tugas ini terus
dilaksanakan oleh para ulama yang menjadi pewaris nabi-nabi dengan penuh
ikhlas, berkesan, dan iltizam semata-mata mengharapkan reda Allah,
sesuai dengan maksud firman Allah Subhanahu Wata'ala:
“Dan
hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan
(mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat perkara baik, serta melarang
daripada segala perkara salah (buruk dan keji dan mereka yang bersifat
demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
(Surah 'Ali -Imran, ayat 104)
S - Solat (Sembahyang)
Sembahyang Mendidik Jiwa
Sembahyang
menduduki martabat kedua selepas syahadah (persaksian). Iaitu bersaksi
dengan dua kalimah syahadah (syahadatain) di dalam agama Islam. Iaitu
Rukun Islam. Daripada Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin al-Khattab
Radiallahu'anhuma berkata:
“Aku telah mendengar Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, bermaksud: “Dibina Islam itu atas
lima perkara; persaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang,
berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di
baitulharam.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim).
Memelihara
sembahyang dan menunaikannya pada waktunya dan menunaikannya dengan
menyempurnakan segala syarat dan rukunnya serta menjaga adab dan
sunnahnya sehingga sembahyang itu memberikan buahnya di dalam jiwa
seseorang Muslim itu lalu ia meninggalkan segala perbuatan fasya' dan
mungkar. Sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Ankabut, ayat
45, bermaksud:
“...dan dirikanlah sembahyang sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada fasya' dan mungkar.”
Sembahyang adalah syiar seorang Muslim dan lambang baginya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: “Pemisah di antara seorang Islam itu di antara syirik dan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang.”
(Hadis Riwayat Muslim dan selainnya).
Dan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, bermaksud: “Sembahyang adalah tiang agama.” (Hadis Riwayat Abu Nu'aim).
Dan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, bemaksud: “Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang...” (Hadis Riwayat Malik bin al- Hauris).
Memelihara Sembahyang Berjemaah
Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Baqarah, ayat 43 bermaksud: “...dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk...”
Ibnu
Katsir berkata dalam tafsirnya terhadap ayat ini: Allah Subhanahu
Wata'ala memerintahkan mereka rukuk bersama-sama dengan orang yang rukuk
dari kalangan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah
berfirman : Ikutilah bersama-sama mereka dan jadilah dari kalangan
mereka. Kata Ibnu Katsir: “Ramai alim ulama menjadikan ayat ini sebagai
dalil kewajiban sembahyang berjamaah.”
Daripada Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma, katanya:
“Rasulullah, Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, (bermaksud):
Sembahyang berjemaah melebihi sembahyang bersendirian dengan dua puluh
tujuh kali ganda.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam amat menitikberatkan agar umat Islam
istiqamah mendirikan sembahyang berjemaah. Sekiranya Baginda tidak
kasihankan orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak dalam sesebuah rumah
yang kaum lelakinya tidak hadir bersembahyang berjemaah di masjid itu,
Baginda ingin saja membakar rumah itu. Baginda bersabda, bermaksud:
“Demi Dia yang memegang nyawaku di dalam tangannya, sesungguhnya aku
mahu sahaja memerintahkan agar dikumpulkan kayu kayu, kemudian aku
memerintahkan agar azan dilaungkan untuk sembahyang kemudian aku
memerintahkan seorang lelaki mengimami orang ramai bersolat, kemudian
aku akan pergi mencari kaum lelaki yang tidak bersembahyang bersama
jemaah dan membakar rumah-rumah mereka.”
(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan an-Nisaai dari Abu Hurairah Radiallahu'anhu).
Kelebihan Sembahyang Berjemaah
Firman Allah Ta'ala bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (an Nisaa', ayat 103)
Dan firmanNya lagi bermaksud:
“Sesungguhnya
manusia dicipta bersifat keluh kesah. Apabila ia ditimpa kesusahan ia
keluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir kecuali
orang-orang yang mengerjakan sembahyang, yang mereka itu tetap
mengerjakan sembahyangnya.” (al-Ma'arij, ayat 19-23)
Dan firman Allah Ta'ala lagi bermaksud:
“Dan orang-orang yang memelihara sembahyang. Mereka itu kekal di syurga lagi dimuliakan.” (al-Ma' aarij, ayat 34-35)
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
“Sembahyang
jemaah melebihi fadhilatnya dari sembahyang seorang diri sebanyak dua
puluh tujuh darjat.” (Hadis Riwayat Imam Malik, Imam Bukhari, Imam
Muslim, Imam At Tarmizi dan Imam An Nasaei)
Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Kalaulah
manusia mengetahui tentang pahala yang terdapat pada azan dan saf yang
pertama, kemudian perkara itu tidak akan diperolehi melainkan dengan
cara mengundi, nescaya mereka akan mengundi.” Sembahyang adalah
merupakan ibadat yang mula-mula difardukan ke atas umat Islam dan yang
pertama dihisab dan dibicarakan di akhirat kelak sebagaimana sabda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam
al-Thabarani dari Anas bin Malik Radiallahu Anhu bermaksud :
“Pertama-tama
yang diperhitungkan pada tiap-tiap hamba di hari kebangkitan ialah
sembahyang, jika baik sembahyangnya maka baiklah seluruh amalannya dan
jika rosak sembahyangnya, maka rosaklah seluruh amalannya.”
Sembahyang
adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikannya bererti ia telah
mendirikan agamanya dan sesiapa yang merobohkannya maka bererti ia telah
merobohkan agamanya. Sembahyang yang dihayati dan dikerjakan dengan
sempurna juga menjamin dan memelihara diri dari segala perbuatan jahat
dan kelakuan yang mungkar sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah
al-Ankabut, ayat 45, tafsirnya:
“Dan diriknnlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar...”
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
“Anak Kunci Syurga ialah sembahyang...” (Riwayat al-Imam Ahmad daripada Jabir Radiallahu'Anhu.”
'Abd bin Humaid meriwayatkan daripada Jabir Radiallahu 'Anhu, Rasulullah bersabda bermaksud:
“Tidak ada kaitan di antara seorang hamba dengan kufur melainkan meninggalkan sembahyang yang fardu.”
Al
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa pada suatu ketika Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam datang ke masjid dan Baginda melihat ada kelembutan pada
kaum, maka Baginda bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya aku amat
berhasrat untuk melantik seorang imam supaya mengimami orang ramai,
kemudian aku keluar dan aku tidak mampu untuk melakukan ke atas mereka
yang meninggalknn sembahyang jemaah, hanya sembahyang di rumahnya
melainkan membakar rumah mereka.”
Peranan Masjid
Takrif Masjid
Menurut
Mahmud Saedon bin Haji Awang Othman, Prof. Dr. (2003), perkataan
masjid, berasal daripada bahasa Arab, yakni kata asalnya 'sajada'
bererti - telah sujud 'yasjudu' bererti sedang sujud. Kemudian, kata
kerja sajada tersebut diberi tambahan 'ma' untuk menunjukkan erti
tempat, menjadi 'masjad' dan 'masjid' yang bermakna tempat sujud.
Firman Allah Ta'ala bermaksud:
“Ingatlah!
Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya (orang yang
berdusta) dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada
Allah (dengan taat dan beramal soleh).” (Surah al-'Alaq, ayat 19)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: “Sedekat-dekat hamba-Ku kepada Aku ialah semasa ianya melakukan sujud yang demikian perbanyakkanlah doa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Demikian
Allah memerintahkan agar Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
dan kita semua sujud dan menghampirkan diri kepada Allah. Sujud
melambangkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah, bersedia untuk
menegakkan ma'ruf dan meninggalkan mungkar.
Peranan dan Fungsi Masjid
Oleh
sebab peranan dan fungsi masjid ini sangat penting untuk difahami
supaya dapat dihayati agar setiap masjid yang dibina benar-benar dapat
dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan berjaya untuk diimarahkan, maka
adalah wajar bagi kita untuk mengetahui peranan dan fungsi masjid
menurut pandangan Islam dengan memberikan perhatian khusus kepada zaman
Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Menurut Hasan
Langgulung (1985), “berdasarkan pada bukti-bukti sejarah, pendidikan
menentukan nasib umat. Untuk mengubati krisis yang menimpa umat Islam
sekarang ini maka kita harus mulai dari sesuatu. Dan sesuatu itu menurut
beliau, adalah masjid. Dari masjid itulah akan memancar cahaya iman
yang menyinari hati setiap mukmin, dan dengan cahaya iman inilah setiap
mukmin mengayunkan langkah, bermodal hanya amal soleh, untuk membangun
kembali peradaban dan kebudayaan yang telah berabad-abad ketinggalan
zaman. Seperti kata Anas Radiallahu'anh, bermaksud:
“Tidak akan bangkit kembali umat ini kecuali dengan melalui cara yang dilalui oleh umat sebelumnya.”
Masjid
adalah tempat sujud dan bersembahyang, tempat beribadat khusus kepada
Allah, inilah fungsi dasar pembinaan masjid, menjadi kenyataan bahawa
masjid yang dibina oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di
Quba dan Madinah adalah untuk dijadikan tempat beribadah kepada Allah
Ta'ala berbakti kepadaNya, bertahajud dan sujud, bersembahyang berjemaah
dan Jumaat. Masjid adalah tempat sembahyang fardu lima waktu dan
sembahyang sunat, tempat bertafakur dan beriktikaf, sembahyang tarawikh
di bulan Ramadhan dan seumpamanya.
Pengimarahan Masjid
Islam
menuntut agar masjid sentiasa diimarahkan dengan mendirikan sembahyang,
zikir, majlis ilmu, iktikaf, qiamullail, mengutip zakat, hari-hari
kebesaran dalam takwim Islam dan seluruh kegiatan makruf dan
mendatangkan manfaat kepada Islam dan umatnya.
Masjid
dijadikan pusat perpaduan umat dan faktor kekuatan mereka serta
pengkalan perkembangan tamadun serta budaya Islam. Justeru, untuk
memperkasa dan memelihara jati umat Islam fungsi masjid wajiblah
diperkukuhkan sebagaimana di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam.
Firman Allah Ta'ala bermaksud:
“Hanya
yang mengimarahkan masjid-masjid Allah ialah orang-orong yang beriman
kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan sembahyang
menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada
Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan masuk ke dalam
golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah at-Taubah, ayat 18)
L - Laaillahaillallah...
Kalimah Tayibah, Laaillahaillallah... Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah... Firman Allah Ta'ala dalam Surah az-Zaatiyat, ayat 56 bermaksud:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepadaKu.”
Mencintai
makhluk akan dicemburui, tetapi mencintai Allah akan disayangi. Maksud
ikhlas semata-mata kerana Allah Ta'ala ialah hanya semata-mata
mempercayai dan 'ainul Yaqin ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala. Allah
tidak boleh dipersekutukan dengan yang lain. Baik pada zat, sifat dan
kekuasaannya. Mentaati segala suruhan-Nya dan menjauhi segala
larangan-Nya.
Ikhlas semata-mata kerana Allah Ta'ala dalam hal
beribadah adalah kita menyembah-Nya bukan kerana kita mengharapkan yang
lain, seperti mengharapkan pahala atau kerana takut akan seksa-Nya,
tetapi adalah semata-mata kerana kita patuh, tunduk melaksanakan
suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-larangan-Nya.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-An'am, ayat l62 bermaksud:
“Katakanlah, "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku dan matiku hanyalah untuk (menyembah) Allah Tuhan alam semesta.”
Fadilat Tahlil
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, bermaksud:
“Seutama-utama zikir ialah Laillahaillallah dan seutama-utama doa ialah Alhamdulillah.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kalimah Laillahaillallah...
termasuk dalam persaksian. Iaitu bersaksi dengan dua kalimah syahadah
(syahadatain), Rukun Islam yang pertama. Iaitu mengucap dua kalimah
syahadah.
Justeru, untuk memelihara dan mengukuhkan jati diri
Muslim, individu Muslim wajiblah menggengam dan berpegang teguh dengan
syahadah dan akidah Islam. Akidah adalah ibarat akar tunjang. Paksi
kepada pohon. Selagi akar tunjang itu hidup subur, selagi itu pohon akan
tegak subur. Demikian akidah dan Tauhid seseorang. Selagi syahadah,
akidah dan Tauhidnya kukuh, maka insyaa Allah segala amal perbuatannya
akan mendapat keredaan Allah Ta'ala.
I – Ilmu
Dasar Ilmu Pengetahuan Mengikut Al-Qur'an: Konsep 'IQRA' Pemangkin Falsafah Pendidikan di Negara Brunei Darussalam
Ayat
pertama yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang dibawa oleh Malaikat Jibril
'alaihissallam ialah Surah al-'Alaq, ayat 1 hingga 5 yang bermaksud:
“Bacalah
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan
Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan
tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Ayat
yang lima ini dimulai dengan perkataan 'Iqra' (maksudnya; bacalah
olehmu) mengandungi semua erti ilmu, maklumat, budaya, pendidikan dan
mengandungi makna perintah, kerana 'Iqra' itu Fi 'l Amr yang membawa
erti: diperintahkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu
membaca. Dalam makna yang umum juga setiap perintah itu mestilah
dilaksanakan.
Dalam Surah ar-Rahman, ayat 1 - 4, Allah Ta'ala berfirman, bermaksud:
“(Tuhan)
Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya. Dialah yang telah
mengajarkan Al-Qur'an. Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah
yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima
penyataan.”
Menurut Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim
(2004), dengan kenyataan di atas dapatlah disimpulkan bahawa dasar ilmu
pengetahuan mengikut Al-Qur'an itu ialah:
i. Manusia itu wajib
belajar untuk mengetahui segala kejadian diri manusia dan alam dengan
seluas-luasnya dan setinggi-tingginya hingga sampai ke tahap yang sulit
dan terperinci dengan menggunakan apa sahaja media dan perantaraan yang
boleh dicipta dan diperlukan oleh manusia.
ii. Ilmu itu datang
dan bersumber dari Allah dan Allah mencipta manusia, Allah kemudian
mengutus rasul untuk menyampaikan ilmu, rasul-rasul pula menyampaikan
kepada umat mereka yang kemudiannya akan menyampaikan pula kepada yang
lain hingga masa sekarang.
iii. Tanpa ilmu yang bersumberkan
dari Allah manusia tidak akan tahu apa-apa tentang hidupnya. Tanpa ilmu
pengetahuan, hidup manusia tidak akan sempurna.
Sesungguhnya
kedudukan orang yang berilmu dengan orang yang jahil (tidak berilmu)
adalah tidak sama. Perbezaannya banyak disebabkan di dalam nas-nas
Al-Qur'an, antaranya sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala di
dalam Surah al-Mujadalah ayat 1l yang bermaksud: “Allah meninggikan
darjat orang-orang yang berilmu di antara kamu dan orang-orang yeng
diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.”
Di dalam Surah az-Zumar ayat 9, Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang bermaksud: “Katakanlah olehmu wahai Muhammad! Adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu.”
Hadis-hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: “Menuntut Ilmu adalah wajib bagi setiap umat Islam lelaki dan perempuan”
“Tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri Cina”
“Tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian hinggalah ke Liang Lahad”
Sebab
itulah, generasi dan umat Islam mestilah berusaha untuk menuntut dan
mendalami ilmu pengetahuan baik berbentuk fardu ain dan fardu kifayah.
Baik yang bersifat duniawi dan ukhrawi sesuai dengan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
barangsiapa yang mahukan dunia mestilah dengan ilmu, siapa yang mahukan
akhirat mestilah dengan ilmu dan siapa yang inginkan dunia dan akhirat
mestilah juga dengan ilmu.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Mujadalah, ayat 12 bermaksud: “…Dan Allah akan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat...”
Cendekiawan selalu berkata: “Ilmu adalah kuasa. Siapa yang ingin berkuasa dan menakluki dunia mestilah berilmu.”
Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Zumar, ayat 9 bermaksud:
“Katakanlah
lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna.”
Adalah tidak dapat dinafikan lagi bahawa umat
Islam dan seluruh manusia di Abad Ke-2l ini, terpaksa mengikut arus
zaman. Ledakan ICT telah menjadi tren baru dunia masa kini. Impak
positif dan negatif, baik dan buruknya adalah tertakluk kepada tanggapan
dan amalan seseorang itu. Jika ia menanggap dan mengambil kebaikan
darinya nescaya kebaikan dan kemanfaatan ICT itu yang diperolehinya.
Tetapi jika ia menanggap dan mengambil sebaliknya, maka tunggulah
kehancurannya.
Oleh itu, umat Islam hari ini mestilah berubah.
Iaitu merubah nasib diri mereka. Daripada belenggu penindasan,
kehinaan, propaganda, manipulasi, fitnah, 'islamophobia' dan mangsa musuh-musuh Islam.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Ra'd ayat 11, bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
M - Madani
Kefakiran Boleh Membawa Kekufuran
Untuk menguasai dunia, selain ilmu, kuasa ekonomi juga tidak dapat disangkalkan. Dalam era ledakan ICT ini pun, memerlukan ilmu.
Kekuasaan dan super-power
atau gergasi ekonomi boleh menguasai dunia. Alhamdulillah, dengan
kekuasaan dan rahmat Allah Ta'ala, majoriti wilayah takluk rantau Islam
memiliki kekayaan peribumi yang melimpah ruah. Kekayaan minyak mentah
dan gas, bumi yang hijau permai, lautan yang kaya dengan industri
maritim, udaranya pula nyaman dan biru tanpa pencemaran awan atau hujan
acid dan toksik, segalanya adalah rahmat Allah Subhanahu Wata'ala.
Justeru, Islam sangat melarang umatnya hidup menderita, melarat dan fana
disebabkan kefakiran dan kemiskinan yang membawa bencana.
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
“Hampir-hampir kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qada dan qadar.” (HR Abu Naim)
Kejayaan
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menubuhkan 'Daulah Islamiyah
Madinah al-Munawwarah' dan ummah 'Madani' yang menyaksikan persaudaraan
dan silaturahim kaum 'Ansar' dan kaum 'Muhajirin' sungguh unggul dan
murni, sewajarnya menjadi 'Qudwah Hassanah' dan 'Role Model' bagi umat
Islam sejak dahulu hingga sekarang.
Semasa berhijrah ke
Madinah al-Munawwarah, Baginda memerintahkan umat Islam membina Masjid
dan Pasar. Perintah membina masjid tidak dipersoalkan oleh sahabat dan
umat Islam. Tetapi perintah Baginda untuk membina 'Pasar' itu sedikit
menimbulkan keraguan dan keresahan di kalangan para sahabat dan umat
Islam. Sehingga mereka mengatakan, kenapa hendak membina Pasar?
Sedangkan Pasar-pasar kaum Quraish sudah wujud sekian lama dan sinonim
dengan pedagang para saudagar tempatan dan luar. Dan Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam terlibat secara langsung serta memahami hakikat itu.
Kata Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, buat saja. Pasar kita adalah pasar
umat Islam. Ala Islam. Tiada riba, penipuan timbangan, manipulasi
pasaran ala feudalime dan pemerasan.
Buktinya setelah 'Pasar
Model Islam' itu wujud, umat Islam sudah mendiri ekonomi dan tidak lagi
takut terhadap 'sekatan dan boikot ekonomi' sebagaimana mereka hadapi
semasa mereka berada di Mekah dahulu. Dan akhirat, pasar orang Islam
semakin maju dan peniaga-saudagar bukan Islam telah berjual beli dan
berurusan dengan peniaga Islam dan pasar Islam. Sebagaimana jolokan
diberikan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai 'Tokoh
Koprat Al-Amin'.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam secara
khusus telah mengeluarkan hadis tidak kurang 500 semuanya yang
membincangkan tentang perdagangan dan perniagaan. Antara yang terpenting
ialah hadis yang menjelaskan tentang kedudukan 90% daripada sumber
rezeki atau kekayaan itu berada di dalam bidang ini. Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: “Digalakkan atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya ialah 90% daripada rezeki.”
Tindakan
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebaik sahaja sampai ke bumi
Madinah setelah berhijrah dari Mekah adalah mendirikan masjid dan
mendirikan pasar. Masjid adalah sebagai pusat ibadat dan pasar pula
sebagai pusat perdagangan serta perniagaan. Tindakan serentak Baginda
membuktikan bahawa kepentingan perniagaan adalah sama dengan sembahyang
itu sendiri.
Kitab Mu'jam al Buldan merupakan kitab yang
merakamkan sirah atau perjalanan hidup Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam. Di dalamnya dimuatkan dengan panjang lebar dan terperinci
berkaitan kegiatan perdagangan dan perniagaan yang dijalankan oleh
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Para Rasul yang
ditunjukkan oleh Al-Qur'an juga telah memperlihatkan contoh yang
terbaik. Mereka merupakan golongan yang paling rajin bekerja dan aktif
dalam aktiviti keusahawanan serta perniagaan. Contohnya Nabi Adam
alaihissalam merupakan petani, Nabi Nuh alaihissalam ahli perniagaan,
Nabi Daud alaihissalam tukang besi, Nabi Musa alaihissalam jurutulis,
Nabi Zakaria alaihissalam tukang kayu, Nabi Idris alaihissalam tukang
jahit, Nabi Sulaiman alaihissalam pembuat bakul, Nabi Isa alaihissalam
tukang tenun dan pencelup kain serta Rasulullah Sallallahu
AlaihiWasallam penternak dan ahli perniagaan yang berjaya.
Menurut
catatan sejarah, sejak Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
diangkat menjadi Rasul, Mekah telah pun muncul sebagai pusat ibadat dan
perdagangan yang terpenting di dunia ketika itu. Memandangkan keadaan
alam dan bumi tanah Arab yang kering-kontang tidak sesuai untuk kegiatan
ekonomi lain kecuali perdagangan. Sebab itulah bangsa Arab memelihara
kepentingan perdagangan antarabangsa ini seperti menatang minyak yang
penuh kerana ia merupakan periuk nasi mereka.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Baqarah ayat 278 bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan
tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada
orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.” Firman Allah Ta'ala lagi dalam al-Quran 2'. 275) bermaksud: “... Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...”
Kegawatan Ekonomi Bukan Alasan Untuk Hidup Susah dun Miskin
Jika
diimbas kembali ristaan sejarah, dunia ini sebenarnya sudah banyak kali
mengalami kegawatan ekonomi. Di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam, umat Islam pernah dikepung dan dipulaukan oleh pihak musuh,
sehingga menjadikan ekonomi benar-benar lumpuh dan umat Islam hidup
dalam kelaparan. Dalam Al-Qur'an juga ada tercatat peristiwa kemarau
panjang di zaman Nabi Yusuf alaihissalam yang berlangsung selama 7
tahun, iaitu suatu mala petaka ekonomi yang sungguh dahsyat lagi
mengerikan.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah Yusuf, ayat 47-49 bermaksud: “Supaya
kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa: maka apa yang
kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibutirnya, kecuali sedikit untuk kamu
makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,
yang akan menghabiskan makanan yang kamu simpan untuk menghadapinya
(tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.
Kemudian setelah itu akan datang tahun padanya manusia diberi hujan
(dengan cukup) dan di masa itu mereka memerah anggur.”
Semuanya
menjelaskan tentang kekuasaan Allah SubhanahuWata'ala, untuk kita
mengetahui Allah Maha Berkuasa melimpahkan rahmat-Nya dan begitu juga
menarik semula nikmat jika dikehendaki-Nya.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Isra' ayat 30 bermaksud: “Sesungguhnya
Tuhanmu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan
menyempitkannya (kepada sesiapa yang Dia kehendaki juga), sesungguhnya
Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.”
Berusaha
untuk mendapatkan rezeki yang halal adalah dituntut dalam Islam,
terutama bagi orang yang mempunyai tanggungan keluarga. Dalam Al-Qur'an
al-Karim terdapat banyak ayat yang menganjurkan umat Islam supaya
berusaha mencari rezeki yang halal.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Qasas ayat 73 bermaksud : “Dan
di antara rahmat pemberian-Nya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan
siang (silih berganti), supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu
berusaha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan juga supaya kamu
bersyukur.”
Dalam hadis lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam besabda yang bermaksud:
“Bahawa
engkau meninggalkan waris (keturunan) dalam keadaan kaya adalah lebih
baik dari meninggalkan mereka miskin meminta-minta sedekah dari
manusia.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Qasas ayat 77 bermaksud :
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat
baiklah (kepada hambahamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan
janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”
Ketinggian
sesebuah tamadun dan kemajuan sesuatu negara itu diukur dari kemajuan
perdagangan dan perniagaannya. Jika perdagangan dan pernragaan
meningkat, maka negara tersebut akan mencapai kemajuan yang tinggi dan
muncul sebagai negara yang kuat serta berupaya memberi kemakmuran kepada
rakyatnya.
“Rezeki Di Tangan Tuhan”
Hakikat rezeki ialah sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Ra'd, ayat 26, bermaksud:
“Allah
melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Ia juga yang
menyempitkannya. Dan mereka (yarg ingkar); bergembira dengan kehidupan
dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesengsaraan yang
kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesengsaraan hari akhirat.”
Apabila
anak Adam lahir ke dunia, Allah telah menentukan rezekinya, ajalnya dan
kesudahan hidupnya. Proses dan perjalanan hidup manusia di muka bumi
ini tertakluk kepada hukum alam yang juga digelar 'sunnatullah'.
Demikian dalam soal kehidupan dan rezeki. Ada yang kaya dan ada pula
yang miskin. Ada yang hidup senang dan ada pula yang hidup susah. Soal
rezeki dan susah senang kehidupan seseorang juga bergantung kepada
usahanya. Dengan kata lain, orang yang malas berusaha, sudah tentu Allah
akan kurangkan rezekinya yarlg telah ditetapkan kepadanya berdasarkan
kepada usahanya. Sebaliknya jika seseorang hamba itu rajin, gigih,
titih-lutanan, lebih bekarih tentulah Allah tidak akan menzalimi
hamba-Nya dan akan mengurniakan kebaikan, kebajikan serta kesenangan
hidup berbaloi dengan usahanya.
Masa kini, isu kenaikan harga
bahan bakar dan kenaikan harga bahan makanan adalah isu global.
Masing-masing pemimpin, negara dan bangsa di dunia ini memikir dan
mencari resolusi ke arah mengurangkan impak dan kesusahan yang
dicetuskan oleh kedua-dua isu dan fenomena tersebut. Ke arah itu semua
pemimpin dan negara bersikap berhati-hati dan berjimat cermat dalam
mengagihkan kewangan serta perbelanjaan negara. Beberapa subsidi bahan
asas dikurangkan untuk menampung inflasi negara bagi manfaat jangka masa
panjang. Masyarakat dan rakyat juga sewajarnya bersikap positif ke arah
mendukung strategi pihak kerajaan. Iaitu denganmemantau perbelanjaan,
berhemat, banyak menabung dari berbelanja boros dan melebihkan
produktiviti. Dengan cara inilah sahaja iflasi keluarga, negara dan
dunia dapat dipantau dan dikurangkan untuk survival hidup.
Kesimpulannya
Individu
Islam dan umat Islam mestilah beriltizam untuk mandiri, memperkasa
kehidupan, bersatu padu dan menghayati Islam sepenuhnya serta menjadi
'khalifah' yang rahmatan lil aalamin kepada umat manusia dan
dunia sarwajagat. Pendidikan, berpaksikan Al-Qur'an dan al-sunnah adalah
wajib dalam memelihara kesejahteraan hidup dan jati diri umah.
Kemantapan ekonomi amat penting untuk merealisasikan wawasan
pembentukkan umat Islam dan Daulah Islamiah dalam memelihara jati diri
Muslim. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud.' “Hampir-hampir kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qada dan qadar.”
(Hadis Riwayat Abu Naim). Pemimpin dan umat Islam mestilah betiltizam
tinggi untuk memelihara jati diri dan merubah nasib serta situasi
'negarabangsa', khasnya generasi 'belia' yang semakin 'tersasar daripada
landasan negara-umat Islam tulen', untuk benar-benar menjadikan negara
Islam dan umat Islam menghayati firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat
11, bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.