MAK,
kita tak boleh buat tuduhan melulu. Kita kena siasat dengan lebih
terperinci. Mungkin yang mak tengok itu sepupu Aril,'' lirih suara Ayu
memujuk ibunya supaya tidak membuat tindakan terburu-buru. Kelak memakan
diri sendiri.
''Apa
sangat yang nak disiasat ni Ayu. Dah terang dan nyata lagi bersuluh mak
nampak dia berdua-duaan dengan perempuan lain di belakang Ayu. Takkan
perkara ni pun Ayu tetap nak diamkan. Dah puas Ayu bersabar. Mak tak nak
Ayu menyesal kemudian hari. Mak sayang kat Ayu..'' panjang lebar Hajah
Fatimah mempertahankan hujahnya sebagai titian buat anak kesayangannya,
Ayu untuk berfikir tentang masa depannya apatah lagi tentang perkara
yang bersangkut paut dengan hubungan Ayu dan tunangnya, Aril.
''Mak,
Ayu percaya Aril jujur dengan hubungan kami. Kalau dia tak jujur dah
lama dia putuskan hubungan kami lagi pun kita belum dapat pastikan siapa
perempuan tu dalam hidup Aril. Mak pun bukan tengok mereka berdua-duaan
di tempat yang sunyi. Mak jangan risaulah, nanti Ayu cuba tanya dengan
Aril sendiri ya mak. Sekarang ni mak pergilah rehat dulu,'' Ayu pula
bijak membidas hujah emaknya. Ayu berpura-pura tenang di hadapan ibunya
sedang dihati ada rasa gelisah yang rancak menari. Tapi demi ibu
tercinta dia tidak mahu ibunya turut khuatir dengan hubungannya dan Aril
yang seperti retak menunggu belah.
Hajah
Fatimah menggelengkan kepalanya sebelum berangkat masuk ke dalam
biliknya. Hati keibuannya tersentuh melihat anak tunggal kesayangannya
seperti boneka, dipermainkan seolah tidak punya perasaan. Meskipun hati
tuanya berenang di kolam kesedihan tapi tetap terselit perasaan bangga
dengan sifat tegar anaknya. Kalau dilihat dari sudut rupa, Ayu memang
cantik, seayu namanya Nur Arissa Ayuni. Dilihat dari segi tingkah laku
memang penuh dengan sopan santun dan berbicara dengan selembut bahasa.
Bercakap mengenai amalan. memang tidak pernah tinggal satu rakaat
sembahyang dalam sehari. Kalau ada masa lapang dihabiskan dengan membaca
Al-Qur'an apatah lagi di saat hati Ayu dirundung rasa gelisah. Hajah
Fatimah sudah arif dengan sifat dan perangai Ayu yang tidak pernah
meluahkan perasaan kepadanya melainkan kepada sesuci kitab Al-Qur'an.
Kerja dapur, memang Hajah Fatimah tidak perlu mengupah orang gaji
semuanya beres dengan tangan lembut anak gadisnya yang bernama Ayu.
Entah di mana kurangnya Ayu di mata Aril
sehingga sanggup
mengabaikan Ayu. Dulu bukan main cepat nak masuk meminang Ayu. Konon
takut disambar orang. Tapi lihatlah sekarang Ayu dia dah sambar tapi
masih mahu nak menyembar anak orang yang entah baikkah tidaknya. Sempat
hati tua Hajah Fatimah berbicara sendiri mengenang nasib anak
tunggalnya. Entah pukul berapa Hajah Fatimah terlelap sendiri.
Ayu
di biliknya sudah siap duduk bersila menghadap sebuah Al-Qur'an yang
bisu tetapi penuh dengan kenikmatan dan mampu meluruhkan daun-daun sedih
dari ranting jika yang tidak keruan. Ayu tidak pernah mengeluh andai
ditimpa sebarang musibah. Seandainya silap datangnya dari dirinya
sendiri dia akan cuba untuk memperbaikinya dan jika berlaku sebarang
masalah yang dikerjakan oleh orang lain untuk mengenakan batang
hidungnya, Ayu akan cepat-cepat memohon keampunan ke hadrat Ilahi kerana
telah menyebabkan orang lain berniat jahat hingga berani membuat
perkara yang tidak elok. Ayu terlalu mudah memaafkan orang lain dan
tidak pernah menyimpan dendam terhadap orang lain. Bagi Ayu setiap yang
bernafas di muka bumi ini melakukan kesilapan. Begitu jua dirinya dan
tidak kurang juga orang yang dicintainya, Mohd. Aril Bahzi yang sudah
hampir tiga tahun menjadi tunangnya. Tapi apakah kali ini dia akan
memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh tunangnya sendiri. Entah..dia
sendiri pun kurang pasti. Hanya masa yang akan
menjawab soalan itu.
Jam
sudah menunjukkan pukul 2 pagi entah sudah berapa lama Ayu menghabiskan
waktunya dengan bermunajat minta dihapus segala rasa gelisah, sedih dan
pilu yang mula merantai perasaannya. Setelah puas dengan bacaannya Ayu
bingkas dan menuju arah katil bujangya tempatnya beradu. Sebelum tidur
Ayu menatap seketika gambar Aril yang tampan. Seketika fikirannya
belayar jauh ke Paris. Di situlah mulanya perkenalan Ayu dengan Aril.
Ketika itu Ayu bercuti selama tiga hari dua malam di negeri idamannya
yang menjadi igauan mimpi oleh semua orang kerana Paris terkenal dengan
sebuah negeri yang penuh dengan warna-warna keromantisan. Memang benar
apa yang dikata orang, di situlah mulanya bibit cinta yang kian menyubur
di taman hati. Tapi kenapa di saat hati penuh dengan sewangi harumnya
kasih terhadap Aril. Aril seakan menjauhkan diri. Sudah dua minggu Aril
tidak menghubunginya ketika di rumah mahupun ketika di pejabat. Ayu
sendiri pun tidak pernah meringankan tangannya untuk menghubungi Aril.
Mungkinkan Ayu merajuk. Apakah yang terjadi sebenarnya. Siapa pula
perempuan yang dilihat ibu bersamanya dan esok dapatkah ku temui
jawapannya Akhirnya Ayu terlelap dengan sekalung soalan yang belum
terjawab.
Jam
kecil yang sudah dikunci Ayu sebelum tidur semalam menjalankan
tanggungjawab mengejutkan tuan nya untuk bangun tepat jam 5 pagi agar
segera mengerjakan suruhan Allah. Selesai menunaikan Solat Subuh dan
berdoa panjang di penghujungnya Ayu bergegas masuk ke dapur untuk
menyediakan sarapan pagi khas untuk ibu dan ayah kesayangannya. Sudah
menjadi rutin hariannya begitu. Bukan tidak mampu untuk menggaji
pembantu rumah tapi bagi keluarga kecil itu adalah lebih baik sekiranya
dapat melakukan kerja rumah dengan tangan sendiri selain daripada dapat
mengelakkan sifat malas, bekerja dengan tangan sendiri juga tidak perlu
menyalahkan sesiapa seandainya berlaku sebarang kesilapan.
''Mak..abah..
duduklah kita makan sama-sama. nanti lewat pulak nak pergi kerja,''
sambut Ayu ketika melihat kedua orang tuanya berjalan beriringan menuju
ke arahnya.
''Yalah
nak duduk lah ni.. takkan nak baring kut.. ha Ayu pun makan
sekalilah..tentu sedap ni kalau Ayu yang masak. Sampai menjilat jarilah
katakan,'' ujar Haji Kasim berseloroh mengajuk sebaris ayat yang sering
ditutur dalam iklan makanan segera, KFC.
''Alah
abang ni..anak siapa kalau bukan anak Timah...” ibunya Hajah Fatimah
pula mengambil tempat. Mendepakan tangannya ke arah dada angkat bakul
naik sendiri.
''Sudah-sudahlah
tu mak.. abah... dah Ayu memang pandai masak esok-esok nak juga Ayu
masuk uji bakat jadi tukang masak terhormat. Sekarang ni kita makan dulu
jangan asyik berbual saja nanti nasi lemak Ayu masak tidak habis perut
mak abah kosong!,'' panjang lebar ayu berhujah dan akhirnya mereka
sama-sama ketawa.
Nasi
lemak sambal ikan pusu yang disediakan Ayu pagi itu memang
membangkitkan selera kedua orana tuanya tambahan lagi turut
disediakannya seteko kopi pekat yang sudah menjadi kegemaran dan menu
harian mereka setiap pagi lebih-lebih kopi yang dibancuh dengan
tangannya sendiri. Memang terangkat! Selesai makan dua pinggan nasi
lemak sambal pusu ketiga-tiga mereka bergerak keluar dari dapur untuk
bertolak pergi ke pejabat. Hari ini Ayu ingin pergi ke tempat kerjanya
dengan menggunakan khidmat keretanya sendiri, manakala kedua orang
tuanya dibiarkan pergi bersama dengan kereta ayahnya.
''Elok-elok
memandu ya Ayu jumpa nanti di pejabat,'' sempat Hajah Fatimah
menasihatkan anak kesayangannya supaya berhati-hati ketika memandu
walaupun tahu anaknya itu sentiasa berdisiplin ketika memandu.
''Yalah
mak.. abah pun jangan pandu laju sangat ya..,'' balas Ayu sambil
menyalami tangan Haji Kasim sebelum melangkah masuk ke dalam keretanya.
Sepanjang
pemanduan Ayu ke pejabat fikiran Ayu sedikit tersasar memikirkan tunang
kesayangannya. Kalau boleh Ayu ingin menyelamatkan hubungan mereka tapi
andai sekiranya sudah kritikal benar. Ayu pasrahkan saja ke hadrat
Ilahi. Mungkin tiada jodoh antara mereka berdua.
''Selamat
pagi Ayu..,'' sapa beberapa pekerja bawahan ayahnya. Ayu memang sudah
berpesan kepada semua orang di tempat kerjanya untuk memanggilnya dengan
nama Ayu saja. Tidak perlu ber encik-encik jauh sekali untuk dipanggil
puan. Bagi Ayu pangkat bukanlah satu perkara yang boleh membezakan diri
seseorang itu dengan yang lainnya. Baginya lagi semua manusia itu sama
tarafnya di mata Tuhan. Kita hanya peminjam di dunia ini tiada yang
kekal melainkan Allah jua. Begitulah pesan kedua orang tuanya.
''Selamat pagi,'' balas Ayu sambil melemparkan senyuman paling manisnya. Berhasil membuang jauh masalah hubungannya dengan Aril.
''Ibu dan ayah Ayu dah sampai awal tadi..Ayu tak satu kereta ke?,'' tanya Midah teman paling rapat Ayu.
''Ya..
hari ini Ayu malas nak kacau daun nak biar mak dan ayah beromantik..,''
seloroh Ayu sebelum meninggalkan Midah dan Aisyah dan bergerak masuk ke
biliknya. Selebihnya Midah dan Aisyah yang mendengar suara nakal Ayu
hanya tertawa.
''Nakal
betul Ayu tu ya... ehe kalau lah semua orang macam mereka sekeluarga tu
aman dunia kan Syah,'' ujar Midah setelah menghabiskan tawanya.
''Betul tu.. tak sombong dan sering menitikberatkan hal ehwal pekerja. Syukurlah kita tak dapat bos ganas macam singa...''
''Kenapa
dengan singa Aisyah?,'' sampuk Hajah Fatimah (lebih mesra dipanggil Mak
Mah) yang mendengar perbualan dua orang sahabat anaknya sambil memegang
dua cawan koko panas. Tentu baru keluar dari pantry. Sudah menjadi
tabiat Hajah Fatimah untuk menyediakan minuman sendiri ketika dipejabat
tak perlu minta tolong orang lain buat. Sendiri buat baru lah best!
''Tak
adalah Mak Mah... saja berbual pasal singa yang terlepas di zoo hari
tu,'' seloroh Midah pula membuatkan ketiga-tiga mereka tergelak.
''Macam-macamlah
awak berdua ni. Nanti tak pasal-pasal kamu berdua ni diurat singa
jantan. Nahaslah kamu dapat laki singa!,'' balas Hajah Fatimah sambil
membeliakkan sedikit matanya seolah-olah sedang menakutkan dua orang
budak kecil. Sudahnya mereka ketawa lagi.
''Eh..melarat
pulak saya ni..kalau macam tu saya masuk dululah.. nanti
tertunggu-tunggu pula singa yang nak minum koko panas ni,'' sempat lagi
Hajah Fatimah bergurau sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.
Sebenarnya bukan biliknya saja tapi bilik suami dan jaga anaknya Ayu.
Bilik
itu dipecahkan kepada tiga bahagian.. beraja di bilik pertama adalah
Haji Kasim sebagai ketua, manakala permaisurinya Hajah Fatimah melakukan
tugasnya dalam bilik nombor dua dan setentuya bilik nombor tiga didiami
oleh si puteri Ayu yang cantik jelita.
''Nah bang minumlah...,'' Hajah Fatimah segera meletakkan secawan koko panas di atas meja kerja suaminya.
''Eh
Timah yang awak sengih-sengih ne apa halnya. Kena sampuk ke?,'' soal
Haji Kasim kehairanan melihat isterinya seolah-olah ada perkara lucu
yang menggeletek hati isterinya.
''Tak
da lah bang.. tu ha.. budak berdua Midah dan Aisyah tu macam-macam
ceritanya siap bawa cerita singa lah apa lah..,'' balas Hajah Fatimah
menghabiskan sisa tawanya.
Tanpa
menunggu suaminya membalas Hajah Fatimah terus meluahkan perasaan tidak
puas hatinya tentang Ayu dan Aril. ''Ni ha... sebenarnya Timah ni risau
bang tentang hal anak kita Ayu tu. Semalam waktu pulang dari pasar beli
sayur. Timah singgah sekejap dekat mall tu ha. Abang tahu.. apa timah
nampak?,'' sengaja Hajah Fatimah menyoal suaminya.
''Tak
tahu lah..kan awak yang nampak bukan saya. Habis tu apa yang awak
nampak?,'' soal Haji Kasim kembali. Kelihatan berminat untuk mendengar
cerita lanjut dari mulut isterinya.
''Timah
jumpa Aril bang.. berkepit dengan perempuan. Tak taulah nak kata apa.
Ayu tak nak besar-besarkan hal ni bang. Ayu cakap mungkin sepupu Aril.
Tapi takkan begitu mesra bang," suara Hajah Fatimah sedikit mengecil
takut didengar dek anak kesayangannya.
''Betul
lah tu.. entah-entah sepupu dia ke.. kita tak boleh nak ikut campur
biar Ayu aja yang selesaikan masalahnya. Mereka tu bukan budak-budak
lagi. Tahulah mereka nak buat apa,'' Haji Kasim juga mengikut rentak
Hajah Fatimah mengecilkan sedikit suaranya.
''Sekarang
ni kita siapkan kerja kita nanti tak pasal-pasal pulak projek penting
ni tergendala,'' ujar Haji Kasim memberi arahan.
“''aik
lah bang. Timah masuk bilik dulu lah. Timah pun ada kerja yang belum
selesai,'' balas Haji Fatimah segera bergerak masuk kedalam biliknya
yang terletak disebelah kanan bilik Haji Kasim. Setelah pintu bilik
Hajah Fatimah tertutup pintu bilik sebelah kiri pula terbuka dan Ayu
keluar dengan beg kecil yang tersangkut dibahu kirinya. Haji Kasim yang
melihat terus menegur.
''Nak
kemana ni Ayu..?,'' soal Haji Kasim pendek, "Ayu keluar kejap
abah...nak jumpa balak kalau ada apa-apa abah suruh aja Aisyah kat luar
tu. Dia boleh tolong ambilkan barang-barang yang abah berkehendak,''
balas Ayu pula seolah majikan bercakap dengan pembantu lagaknya.
''Amboi..
bukan main lawa lagi nak suruh anak orang.. Hmmm oklah demi anak abah.
Ayu pergilah jumpa balak. Jangan balik lambat pulak. Call abah kalau
balak tu pandai buat macam-macam,'' gurau Haji Kasim bila melihat
muncung Ayu. Takut-takut nanti sedepa muncungnya tu. Lagipun aku sudah
tahu benar ni mesti nak jumpa balak Aril. Rindu kut.. Bisik Haji Kasim
sendiri sambil tersenyum.
''Thanks abah...sayang abah..,'' lantas Ayu mencium pipi tua ayahnya dan berlenggok keluar dari bilik ayahya.
Setelah
menelefon Aril sebentar tadi mereka akhirnya setuju untuk berjumpa di
sebuah restoran berdekatan dengan pejabat ayah Ayu. Malas nak pandu
jauh-jauh nanti kalau pandu dalam keadaan tengah hot takut-takut emosi
yang jadi pemandu. Tak kah naya tu!
Setelah
sampai Ayu memakir kereta Honda nya di sisi 'Restoran Hajah Napisah dan
anak-anak' antara restoran makan kegemaran Ayu untuk melayan liurnya.
Masakan yang disediakan sedap belaka dan harganya berpatutan. kalau
sehari tidak terpacak dekat restoran itu akibatnya boleh meleleh liur.
Bukan sahaja Ayu yang sering bertandang ke sana malahan hampir
keseluruhan penduduk tetap yang bekerja di pejabat ayahnya juga selalu
melunaskan perut yang lapar di sana. Lebih-lebih lagi restoran makan itu
dikendalikan sendiri oleh keluarga Hajah Napisah yang semuanya peramah
dan cepat mesra tak hairanlah restoran itu tidak pernah sunyi. Ada saja
cerita sensasi sampai yang tak sensasi pun diperjajakan. Bukan apa saja
nak menghidupkan suasana. Seluruh isi restoran tau cerita kan best!
Memang
benar. Ketika Ayu melangkah masuk sudah kelihatan pelanggan tetap
restoran itu dan kedengaran juga mereka berbual-bual mesra antara satu
sama lain. Ayu yang kurang berminat untuk turut sama berbual terus
mengambil tempat duduk yang sedikit terpencil. Bukan tidak mahu berbual
sama tapi tidak berminat. Ayu cuma ingin menunggu ketibaan putera
rajanya.
''Ayu...sorry
lah lambat sikit.. bukan senang nak cari parking dekat restoran ni.
Siap pusing tujuh keliling. Tawaf tak berihramlah Aril," Aril terus
membuka mulut sambil melabuhkan punggungnya di ataskerusi kuyu yang
berkusyen biru tua itu. Tepat di hadapan Ayu.
"Tidak
mengapa..Ayu paham tadi nasiblah masa Ayu sampai ada kereta yang nak
keluar kalau tidak Ayu pun samalah macam Aril juga. Tawaf tidak
berihram," balas Ayu sambil tergelak kecil. Sebenarnya cuba untuk
menyembunyikan kegusaran hatinya. Sabar Ayu..tarik nafas dalam-dalam..
dan hembuskan...
Setelah
memesan beberapa jenis makanan mereka terus berbual panjang. Maklumlah
sudah hampir dua mingu tak jumpa. Call pun tak. Ha inilah waktunya untuk
melepaskan rindu resah yang sudah bermukim didalam hati masing-masing.
Hmm masing-masing?
Aril rindu ke dekat Ayu atau...
"Jemputlah
makar Ayo, Aril..ha Aril dah dua minggu tidak timbul-timbul Aril pergi
mana?," soal Hajah Napisah kepada Aril setelah selesai meletakkan
makanan yang dipesan oleh Aril dan Ayu.
"Tidak
pergi mana-mana Kak Jah...cuma sibuk sikit. Tidak ada masa nak singgah
sini. Ni barulah kurang sikit kerja kak," balas Aril membela diri sambil
matanya sesekali menatap wajah manis di hadapannya.
"Ha!
Sibuk kerja ke sibuk berkepit dengan perempuan lain..." sempat hati
kecil Ayu berbisik. "eloklah tu ada juga teman si Ayu ni ha.. dua minggu
ni Kak Jah tengok asyik makan dengan Midah dan Aisyah saja.. kesian
pulak Kak Jah tengok muka Ayu ni...asyik ingat buah hati je waktu
makan," panjang lebar Hajah Napisah menceritakan babak lakonan Ayu
ketika ketiadaan Aril di sampingnya.
"
Macam-macamlah Kak Jah ni..mana ada...," tersekat-sekat suara Ayu
ketika menidakkan penerangan panjang lebar dari Hajah Napisah. Malu lah
tu...
"Alamak..Kak
Jah ni kacau daun lah pulak.. panjang cerita kita ya.. mengamuklah
nanti pelanggan Kak Jah tu ha...kalau macam tu Kak Jah pergi
dululah..elok-elok makan fu.. awas tercekik!," sempat lagi Hajah Napisah
meninggalkan sindiran nipis sebelum berlalu meninggalkan pasangan
kekasih yang entah bila hendak kahwin nya. Bertunang bukan main lama.
"Ha Ayu..apa yang Ayu nak bincangkan ni. Ada masaalah ke?," soal Aril setelah menyudahkan suapannya yang ketiga.
"Tidak adalah penting sangat. Tapi important..," aik penting dan important tak sama ke..ah hentam sajalah.
"Sebenarnya macam ni.. Ayu tak nak besarkan perkara yang kecil. Ayu pun bukan juga nak cemburu membabi buta..."
"Sebenarnya
Ayu nak tanya siapa dengan Aril keluar hari tu..siap berkepit-kepit
macam tak ingat dunia," suara Ayu semakin mengendur dan cuba beranikan
diri untuk menikam anak mata Aril dengan setajam panahan mata kecil yang
menyepet itu.
" Perempuan mana pulak ni...Ayu salah orang tak?," soal Aril kembali.Dah habis modal lah tu. Sampai tak tau nak cakap apa.
Hai kita tanya dia, dia tanya kita balik. Siapa yang nak jawab dulu ni.
"Er..er..sebenarnya
itu....," Aril tidak menghabiskan ayatnya sebaliknya menghirup orange
juicenya yang masih bersisa. Sebenarnya dia sedikit terkejut bila
melihat wajah Ayu yang semakin kelat. Kalau dapat dimakan tentu macam
pisang mentah! Tapi sebenarnya wajah di depannya itu tetap tenang saja.
Mungkin perasaannya saja kut…
"Itu sepupu Aril yang baru balik overseas... dia ajak Aril untuk temankan dia membeli-belah."
Aril
cuba menyejukkan hati tunangnya yang mungkin sedang ingin meledakkan
lahar api amarah dihatinya. Meskipun wajah itu sebenarnya sering
kelihatan tenang sahaja. Ya lah. jangan sangka yang tenang itu tidak
akan berkocak.
"Tapi
takkan sampai siap berpegangan tangan. Sepupu awak tu baru masuk usia
lima tahun ke. Ya lah baru balik overseas takut tersesat pulak ya,"
suara Ayu masih lembut seayu orangnya. Wajahnya juga masih tenang
seperti biasa tapi...setiap ayat yang terpacul keluar dari bibir
munggilnya bukan main pedas.. kalau kena mata tentu buta!
Aril
yang sedang menyudahkan suapan yang terakhir hampir tersedak mendengar
ayat-ayat yang terasa amat keramat ditelinganya. Cepat-cepat dia
menghabisnya orange juice yang sedikit manis itu semanis wajah tunang
tercinta yang duduk di hadapannya. Cinta ke? Aril sudah arif dengan fiil
tunangnya itu hanya ayat-ayat yang dipertuturkan saja dia boleh
membezakan sama ada Ayu tengah marah atau tidak. Selebihnya memang tidak
boleh bertindak memberikan amaran. Wajahnya yang selamba dan bersahaja
memang sukar ditafsirkan. Kalau marah berapi-api pun riak di wajahnya
tidak berubah sedikitpun. Untunglah aku...walaupun hampir seratus
pelanggan yang silih berganti keluar masuk di restoran ini. seorang pun
tidak mengendahkan pertarungan bicara antara kami berdua. Bertuah
badan..sempat Aril berceloteh pendek di dalam hatinya.
"Ha
kenapa diam..kalau Aril dah tak sayang dengan hubungan kita. Ayu tak
boleh buat apa. Ayu serahkan saja kepada Aril untuk buat keputusan.
Segala surat-menyurat tidak diterima jauh sekali bunga-bunga semahal
harga sebuah banglo pun akan direject!," sekali lagi Ayu menghumbankan
sebaris ayat yang menikam jiwa Aril. Kalau kena lagi sekali alamatnya
matilah aku dekat restoran 'Hajah Napisah dan anak-anak'. Tak sempat
kahwin aku dibuat Ayu ni. jangan kan Ayu aku tak dapat Wena pun aku tak
dapat sekali. Alahai rugi aku!. ujar Aril di dalam hati sambil
meleretkan senyumnya. Sah macam kera sumbang!
Ayu
yang sudah tidak dapat menahan marahnya terus berlalu meninggalkan Aril
termangu-mangu dan terus menghadap kaunter untuk melunaskan bayarannya.
Tengok..nak bayar bil pun beratur macam nak order makan gamatnya. nasib
tak sampai berbaris keluar restoran kalau tak aku dah pecut ni. Alamak
nak pecut? Maknanya tak payah bayar? Er... tak larat lah aku. dah lah
nanti tunang tak dapat nanti tak pasal-pasal pulak aku berumah dalam
penjara. eysh....taubat-taubat! control sikit marah tu Ayu. Nanti qada
ya...akhirnya Ayu tersenyum sendiri meskipun sekelumit rasa kecewa masih
bergayut dijiwa.
Setelah
selesai melunaskan bayaran Ayu bergegas keluar dari restoran tersebut
sebelum sempat dikejar oleh Aril yang masih ketinggalan dalam berisan
yang kelima daripada belakang Ayu sebentar tadi. Ha tak pasal-pasalnya
aku main kejar-kejar dengan monyet kesayangan aku tu. Alahai Ayu..tak
baik tau kutuk tunang sendiri. Yalah dikutuk! tak kan disanjung-sanjung,
puji-puji pulak perangai buruk macam tu. Ayu berperang dengan
perasaannya sendiri solah-olah sedang bedebat dengan seseorang.
Ayu
yang sempat melarikan diri dari Aril terus memecut keretanya kembali
pulang ke pejabat untuk menyiapkan sedikit lagi kerja yang tertunggak.
Setibanya melangkah masuk ke ruangan pejabat telefon bimbitnya bersuara
nyaring menunjukkan ada mesej masuk. Ayu yang sebenarnya sedikit
terkejut terus membelek beg kecilnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya
untuk membaca mesej yang tidak diketahui daripada siapa. Tapi setelah
membuka peti mesej tahulah sudah dirinya. Mesej itu dari tunangnya Aril.
Yalah surat-surat menyurat tak diterima tapi mesej tetap terima.Lupa
pulak nak pesan tadi.
Ayu..Aril
minta maaf... dia tu benar-benar sepupu Aril. Semua tu salah faham
saia. Dia aja yang menggedek! Nanti malam Aril jemput ya. Kita keluar.
O.k bye sayang I love you.
Setelah
membaca mesej dari tunangnya itu hati Ayu sedikit sejuk. Sedikit saja
belum sejuk seluruhnya. Apa pun yang terjadi Ayu perlu bergegas masuk
kebiliknya nanti kerja tak siap adalah mulut yang bising membebel.
Maklumlah projek besar. Kalau tak siap mahu mampus nanti. Ayu tersenyum
simpul ketika melintas di hadapan rakan-rakan yang lain sebelum masuk ke
perut bilik ayahnya. Midah dan Aisyah pula sempat berpandangan antara
satu sama lain sebelum meneruskan kembali kerja yang bersisa. Mereka
sedikit pelik melihat senyuman Ayu tapi malas hendak menegur kalau tak
tentu pen yang di tangan berlimpang malas di atas kertas-kertas kerja
kalau dilayan sangat untuk berbual.Bukan berbual pendek tapi panjang
berjela-jela. Sudahnya nanti kerja juga yang tak siap.
Jam
menunjukkan pukul 5 petang, Waktu pejabat pun berakhir dan masing-masing
sibuk mengemas barang lalu beransur-ansur para pekerja meninggalkan
perkarangan pejabat kecuali beberapa orang sekuriti. Ada yang balik
menggunakan bas. Ada juga yang menggunakan taxi. Tidak kurang jnga yang
balik diambil suami bagi perempuan yang sudah berkahwin dan ada pula
segelintir pekerja yang berjalan kaki. Maklumlah ada yang tinggal
menetap tidak jauh dari pejabat. Ayu juga seperti pekerja-pekerja yang
lain terus pergi ke tempat letak kereta. Dia memegamg segugus anak kunci
dan apabila dia sudah pasti anak kunci kereta yang dipegangnya terus
dia memasukkan kepada lubang kecil di tepi tingkap pintu kereta. Apapun
dia mesti segera meninggalkan pejabat dan terus pulang kerumah kerana
mengingatkan dia ada temu janji dengan tunang kesayangannya Aril.
Sepanjang pemanduannya sekali lagi dia diusik untuk memikirkan
hubunganya dengan Aril. Apakah malam ini semuanya akan kembali seperti
sedia kala atau malam ini kali terakhir Ayu menjadi tunang Aril. Entah
Ayu sendiri tidak dapat mengesahkan. Biarlah malam nanti yang menjadi
penentu bagi hubungan Ayu dengan Aril. Pastinya tidak lama lagi malam
akan berlabuh dan kegelapan pula akan datang melamar.
Seteleh
sampai di pekarangan rumah Ayu bergegas masuk ke dalam rumah. Dalam
fikirannya hanya ada makan, mandi, solat dan terus bersiap untuk bertemu
dengan Aril.Yang lain-lain sudah tidak ada dalam kotak fikirannya,
biarlah apa pun yang terjadi Ayu tidak peduli dan tidak akan ambil
peduli. Setelah selasai mengisi perut dengan masakan lazat ibunya iaitu
sayur kangkung goreng ditumis dengan sedikit belacan, ikan patin masak
merah serta sedikit ikan gulama masak tempoyak. Ayu memang keberatan
untuk meninggalkan masakan lazat ibunya tetapi Ayu teringat lagi temu
janjinya dengan Aril, Ayu hanya makan sedikit saja. Kalau nanti sama
Aril dia tidak punya selera dia akan mengisi tong perutnya yang kecil
dengan masakan ibunya yang ditinggalkan. Biar ibu tahu masakkan ibu
malam itu sunguh menyelerakan. Hmm meyelerakan atau saja nak buang
stress? Entah...tak pasti. sempat Ayu menjungkitkan bahunya sebelum
keluar dari dapur.
"Hai
cepat Ayu makan..tak larat nak makan ke diet?," soal Hj. Kasim apabila
melihat Ayu keluar dari dapur tidak sampai lima minit. Selalunya lima
puluh minit pun dia tahan duduk dekat dapur.
"Bukan
tak larat abah..Ayu nak keluar dengan Aril kejap lagi nanti tak muat
pula perut ni ha..," balas Ayu sambil mengusap lembut perut kempisnya.
Hairan, makan bukan main berlambak-lambak tapi badan maintain kecil
saja. Makan nasi ke makan hati?
"Oh.
Patutlah...kalau macam tu pergilah naik cepat. Jangan lama-lama bersiap
nanti lama pula Aril tunggu," sempat Hj. Kasim berpesan pada anak
tunggalnya.
Ayu
terus menapak satu persatu anak tangga hingga sampai ketingkat atas dan
terus menuju kedalam biliknya. Sesekali kedeng aran orang tuanya
berbual ditingkat bawah. Tentu ibunya baru selesai solat. Tadi ketika
keluar dari dapur tak nampak pun batang hidungnya. Ayu yang kelihatan
semacam keletihan berjalan sedikit longlai dan menuju ke kamar mandi
untuk menyegarkan kembali tubuh yang nampak sedikit lesu. Sambil mandi
sempat pula Ayu bernyanyi kecil. Haa belum lagi ambil uji bakat memasak.
Ni nak masuk uji bakat menyanyi lah pulak. Tapi tak pasti pulak dia
nyanyi apa dan untuk apa. Apakah untuk menghiburkan hati atau...
Tiba-tiba
pintu bilik Ayu diketuk kejap. Ayu yang cepat mendengar terus berucap.
"Ya..kenapa? Ayu tengah mandi ni ha!" sedikit terjerit suara Ayu apabila
merasakan airpancut lebih bersuara nyaring.
"Ni
ha...Aril dah tunggu kat bawah..cepat lah bersiap tu. Tak baik buat
orang tunggu-tunggu," suara Hjh. Fatimah kedengaran sayup-sayup ditelan
suara air pancut yang seakan-akan sengaja berteriak nyaring. Seolah-olah
ingin menyatakan bahawa dia tengah memandikan tuannya. Namun pun begitu
suara Hjh. Fatimah sampai kependengaran Ayu.Ayu terus mematikan air
pancut dan bergegas keluar untuk bersiap. Sebelum itu terlebih dahulu
dilunaskan satu tanggungjawab yang wajib. Setelah selesai solat asar dan
berdoa, Ayu bingkas dari sejadahnya dan meluru ketempat almari bajunya.
Ayu tidak mengambil masa yangterlalu lama untuk memilih baju yang
sesuai. Cukup sekadar mengenakan blaus merah jambu panjang hingga ke
buku lali dan berlengan panjang. Bibir tipisnya pula tiba-tiba
melukiskan sebuah senyuman bila mengingatkan itulah baju hadiah ulang
tahun yang ke-23 dari tunang Aril baru-baru ini. setelah mengenakan
sehelai tudung yang selari dengan warna blausnya dan mengenakan sedikit
solekan tipis. Ayu berdiri mahu keluar dari kamar tidurnya. Pastinya
ingin cepat keluar berhadapan dengan tunangnya Aril. Tapi sebelum
membuka tombol pintu. Ayu terpandang sebuah Al-Qur'an yang sering
dibacanya di satu sudut tempatnya bersembahyang. Apakah malam ini
Al-Qur'an itu akan menenemani malamnya? Apakah Al-Qur'an itu akan
meredakan resahnya seandainya ini malam terakhir dengan Aril.
Entah...hati Ayu tiba-tiba sayu namun dikuatkan hatinya untuk keluar
bertemu Aril. Mungkin sudah sebaldi air liur Aril tumpah untuk berbual
dengan orang tuanya.hmm campur air liur orang tuanya cukup tiga baldi!
Buat simbah api tentu boleh padam.
"Wah
cantik Ayu malam ni," puji Aril sejurus melihat Ayu yang telah tiba
sampai keruangan tamu. Entah puji ikhlas kepuji saja-saja tu. Maklum lah
depan bakal mertua. Aik bakal..entah j adi entah tidak.
"Banyaklah
Aril punya cantik. Jomlah kita keluar nanti lewat pulak baliknya. Tak
pasal-pasal mak dan abah susah payah nak hubungi pihak polis buat
laporan. Anak gadisnya diculik tunang sendiri," berjela-jela Ayu
berhujah sambil memandang kedua orang tuanya yang juga turut sama
memandang keatasnya dengan secalit senyuman mesra.
"Alahai
Ayu... mak tak kisah pun. Kalau Aril culik pun tak pe. Boleh kahwin
cepat kan bang" Hjh. Fatimah membalas omelan Ayu sambil menepuk lembut
paha suaminya yang dilapiki dengan kain pelikat.
"Ha ah dapat cucu pun cepat!," seloroh Hj. Kasim pula membuatkan Ayu membesarkan matanya. tanda proteslah tu.
"Er..kalau
macam tu kami pergi dulu lah," Aril mengambil kesempatan bersuara untuk
meminta diri. Kalau dibiar sampai tak jadi keluar jawabnya.
Setelah
mencium tangan Hj. Kasim dan isterinya Hjh. Fatimah kedua pasangan itu
pun melangkah keluar dan masuk ke perut kereta Aril. Cadang Aril malam
itu mahu membawa Ayu jauh dari pandangan orang ramai. Dia tahu malam ini
mungkin malam berduka buat Ayu. Meskipun sukar untuk membuat keputusan
tapi dia sedar kalau pun diteruskan hubungan itu tak kan lari kemana.
Awal dan akhir pastinya akan terlerai jua. Bukan Aril tidak sayang
dengan hubungan itu. Malah Aril juga cukup sedih untuk menyuarakannya.
Bukan tidak cinta pada Ayu tapi dia terlalu mencintai tunangnya itu
lebih dari segalanya. Lagipun ikatan pertunangan itu adalah daripada dua
hati yang sarat dengan cinta. Tapi malam ini semuanya akan berakhir.
Entah bagaimana Ayu esok. Bagaimana dirinya. Dia sendiri belum dapat
memastikan. Kerana esok belum menampakkan sinarnya.
Memang
malam itu sepanjang pejalanan menuju kedestinasi yang dituju merpati
dua sejoli itu tidak banyak berbual. Mungkin masing-masing mahu melayan
perasaan. Ayu dengan sejuta macam soalan. Manakala Aril mencari sejuta
cara yang terbaik untuk meleraikan ikatan perfunangan yang sudah
terjalin hampir tiga tahun itu. Bukannya satu jangka waktu yang singkat.
Terlalu banyak kenangan yang terlukis. Berbagai macam bentuk rupa
kenangan yang telah disulam. Baik yang manis mahupun sebaliknya. Sungguh
sebak rasa hati. Tapi untuk satu permintaan yang tidak dapat ditolak.
Aril terpaksa jua. Aril sendiri tidak akan menyatakan sebab sebenar
kenapa perfunangan ini harus di akhiri. Biarlah Ayu terkapai-kapai
mencari jawapannya. Bukan hendak bertindak kejam tapi sekadar ingin
menjaga hati Ayu dan tidak mahu Ayu merasa terluka. Aril juga semacam
rasa tersepit kerana menghormati keputusan orang disayang perasaan orang
dicinta terpaksa digores. Inikah namanya dugaan. Pasrahkan saja kepada
Tuhan yang menentukan. Tapi dapat kah Ayu menerima keputusan ini.
Keputusan yang mungkin tidak pemah dirangka dalam benaknya.
Entah...ku harap semuanya akan disambut Ayu dengan tabah. Semoga...sempat Aril berdoa sebelum keluar dari keratanya.
"Ayu...jom
kita makan. Lepas tu kita pergi taman kat hujung tu. Tengok bintang
berkelipan didada langit. Ayu suka bintang kan?," soal Aril seolah
menyoal seorang budak kecil berusia empat tahun. Sebenarnya sebak didada
yang cuba ditahan tiada yang tahu. Mungkin inilah malam terakhir
bersama Ayu kerna tidak lama lagi dia akan bertunang dengan orang lain
pula. Ya bertunang...
Ayu
pula seakan budak kecil mangangguk kepala perlahan seolah termakan
pujuk seorang ayah. Ayu sebenarnya dipalit rasa hairan. Kenapa ganjil
perilaku Aril. Kenapa semacam terlalu memanjakan dirinya. Kenapa begitu
sayu pandangannya dan mengapa terlalu dingin tangan Aril yang memegang
kejap tangan kecilnya. Terlalu banyak pertanyaan mengapa berlayar di
kolam fikiran Ayu. Mungkin ditaman hujung sana bakal menjawab segala
soalan mengapa Ayu. Mungkin... hati Ayu seakan berharap.
Menghadap
hidangan ala-ala turki pilihan kegemaran Aril itu seolah berada didalam
gua yang penuh dengan kesepian Cuma terdengar gesekkan violin yang
dimainkan oleh seorang pemain viola yang cantik jelita. Manis orangnya
dan sepet matanya persis mata Ayu. Tapi bunyi gesekkan viola ifu seakan
bunyi burung merbuk yang bernyanyi nun jauh didalam hutan. Masing-masing
Aril dan Ayu tidak banyak bicara sesakali sama-sama menikam anak mata
seolah-olah memberi kekuatan untuk bertahan diam didalam gua yang penuh
dengan kebisuan dan kegelapan itu. Jadah apakah renungan itu seolah
renungan itu sampai menikam dinding hati yang seakan roboh ini. memang
hati Ayu ketika itu seakan lemah kerna terlalu lemas untuk terus duduk
dihadapan Aril. Ayu yang sudah tidak tahan dengan renungan berbisa itu
lantas bangun dan meninggalkan Aril sendirian. Ayu mengatur langkah
kehujung taman seolah mahu mendengar suara Aril yang semenjak tadi
membisu. Aril pula segera melunaskan bayaran dan bergegas mendekati Ayu
yang sudah duduk menyandarkan tubuhnya pada kerusi panjang dekat dengan
pasu bunga orkid yang besar itu. Kalau Ayu bersembunyi dibalik pasu itu
memang langsung tidak boleh dikesan. Kerana pasu itu tersangat sangat
besar bunganya juga cantik secantik Ayu Ah.lantak lah dengan pasu dan
bunga-bunganya sekali yang penting hati Ayu. Tapi akan kah kuat hati Ayu
mendengar keputusan ini. . .
"Ayu..."
lembut suara Aril masuk menyeludup ke kuping Ayu dan Ayu seakan
terpesoana dengan suara itu terus memandang wajah orang yang menyebut
namanya dengan selembut suara itu. Dan bila anak matanya meratah wajah
putih bersih milik Aril seakan ada rasa sebak mengitari hati
perempuannya. Apakah semua ini. Ayu kurang pasti.
"Ada benda yang Aril nak Ayu tahu..,." Aril terus bersuara bila melihat Ayu seakan tenganga.
"Debuk!"
sepantas kilat dirasakan Ayu seolah ada beban batu berat menghempap
hatinya. Dan jantungnya tiba-tiba dipalu dengan serancak debaran. Seolah
mengerti apa maksud bicara Aril. Seolah tahu apa yang hendak
disampaikan oleh Aril. Tapi mengapa mesti hari ini. saat diri ini
masihperlu akan kasih sayang dari seorang tunang yang dicintai sepenuh
hati. Tapi tunggu dulu. Mungkin ada perkara lain yang hendak
disampaikannya. Jangan cepat membuat spekulasi. Ayu membentangkan
kekuatan buat sekecil hatinya. Memberi sedikit ruang buatnya bernafas
lega.
"Aril
pertama sekali nak minta maaf.. tak kira lah secara sengaja mahupun
sebaliknya.Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aril benar-benar minta
maaf. Aril harap Ayu tidak simpan dalam hati," Aril memulakan ucapan
nya dengan memohon kemaafan namun jauh disudut hati masih ada rasa gusar
yang menganggu gugat kedamaian jiwanya.
"Tak
apa lah Aril. Ayu maafkan. Ayu tak pernah simpan dalam hati pun.
Sepatutnya Ayu lah yang harus memohon maaf kalau Aril merasa bersalah
pasal petang tadi. Maaf kalau Ayu mencurigai kesetiaan Aril," balas Ayu
sambil menikam anak mata Aril dengan segenap pandangan yang dirasakan
semakin sayu. Perasaan apakah ini. mengapa aku pula yang nak minta maaf
sedangkan aku belum dapat kepastian tentang hubungan nya dengan
perempuan yang mak jumpa semalam. Apakah aku akan selalu sedia memaafkan
kesilapan Aril hanya kerana sekeping cinta. Mengapa aku lemah kerana
cinta padanya... Ayu sedarkerunsingan semakin berani menular untuk
melumpuhkan akal fikirannya.
"Tak..tak
Ayu tak pernah buat salah pun. Ayu memang wanita yang terpilih untuk
mengisi ruang hati Aril. Ayu sudah menepati 99% ciri-ciri wanita pilihan
Aril. Tinggal 1% lagi kerna Ayu belum kahwin dengan Aril," Aril pula
menumpahkan seteguh keyakinan buat Ayu agar tidak melihat dirinya rendah
untuk berdiri dimata Aril.
Ayu
yang mendengar pengakuan Aril terlopong seketika. Apakah malam ini Aril
akan melamarnya untuk menjadikan suri hidupnya. Tapi kenapa mesti
meminta maaf. Kenapa tidak melamarnya sebelum keluar makan. Kan bagus
depan mak dan abah. Kenapa mesti di sini ditempat tidak ramai orang yang
mendengar berita yang boleh menggembirakan hatinya. Apakah Aril melihat
tempat ini sebuah tempat yang paling romantis untuk melamarnya menjadi
seorang isteri. Kalau dilihat tempat ini dengan bersungguh-sunguh tempat
ini bukan sesuai untuk dijadikan saksi ketika sesi pelamaran berlaku
tapi tempat ini lebih sesuai untuk orang-orang yang putus cinta. Kan tak
ramai orang jadi boleh lah nangis sepuas-puasnya. Hah!!! Putus? Apakah
Aril hendak memutuskan hubungan ini. apakah aku yang akan menangis?
Tidak ..dan tiba-tiba kolam mata Ayu terasa seakan mahu pecah. Tahan dan
tahan... namun gagal mutiara jernih yang tadinya Cuma bermain ditubir
mata kini sudah mengalir hangat dan turun membasahi pipi. Memang benar
dia yang akan menangis dan
telah pun menangis.
Aril
yang sedari tadi bisu kini membuat mimik muka terkejut apa tidak nya
belum lagi diberitahu hal yang sebenar Ayu sudah menangis sedih. Apakah
Ayu sudah dapat menebak apa yang ada dikamar hati ini. apakah dia tidak
bersedia. Mana nak sedia..dalam keadaan yang mengejut seperti ini. kalau
aku pun. Aku terkejut tak pun lenyap terus! Tapi ini benar-benar pelik.
Aku belum beritahu lagi tapi dia sudah awal menangis. Aku tahu ini
bukan tangisan minta simpati tapi yang sedang aku lihat ini adalah air
mata sedih. Aw maafkan Aril. Aril terpaksa...
Malam
ini adalah malam bisu sedunia bagi mereka berdua. seolah mereka sedang
berbicara melalui hati. Tidak pernah mereka melalui malam yang paling
sepi itu berdua. Tapi melihat Ayu yang semakin asyik melayan tangisnya
membuatkan Aril serba tidak kena. Rasa bersalah yang paling banyak
bersarang didalam hatinya tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia juga
turut merasa sebak melihat sejernih air mata Ayu yang menitis kepipi.
Aril menyapu air mata yang bergayut ditubir mata sepet Ayu dengan jari
nya. Di lurutnya dengan lembut seraya berkata.
"Ayu
maafkan Aril... Aril memang cintakan Ayu tapi Aril terpaksa buat satu
keputusun bahawa hubungan kita tidak dapat diteruskan lagi"
Hancur
luluh hati Ayu mendengar penjelasan tergempar Aril. Sah dia tidak salah
dengar.Jaraknya dengan Aril bukan bukan lima puluh batu tetapi terlalu
dekat tak sampai pun lima inci. Memang Aril yang mengucapkannya. Bukan
orang lain. Bukan jua khayalannya. Ayu tidak lagi mampu menyembunyikan
tangisannya. Tangisan ini bukan tangisan meminta simpati tapi ini
tangisan sebuah kesedihan yang teramat sangat. Sedih dantersangat sedih.
Tidak disangka sama sekali kehilangan Aril selama dua minggu dan
bertemu kembali pada petang tadi akan berakhir dengan babak setragis
ini. air mata kesedihan pun turun laju bercucuran kepipi dan Aril yang
terasa lemah melihat keadaan Ayu turut menitiskan air mata lelakinya.
Akhirnya egonya sebagai seorang lelaki tumbang didepan perempuan yang
teramat dicintainya. perempuan itu adalah tunangnya sendiri.
Ooopz...tidak lagi tapi Cuma bekas tunang sahaja. Tidak lebih dan tidak
akan pernah lebih dari itu. Tapi hati mana yang tidak hancur bila
keputusan terpaksa dibuat tanpa persetujuan rasmidarinya apatah lagi
hati Ayu tentu hancur lumat seperti daging cincang. Aril sendiri sedar
dia telah melukakan hati perempuan yang dicintainya tapi terlajak kata
tidak boleh diundur melainkan mengharup agar Ayu dapat menelan sepahit
keyataan itu. Aril hanya mampu mendoakan kebahagiaan Ayu. Aril pasti
perempuan sebaik dan secantik Ayu ini tetap ramai jejaka lain yang
berkehendak. Meskipun berat rasa hati bukan saja berat malahan tidak
hendak untuk melepaskan Ayu tetapi Aril terpaksa. Terpaksa...
"Ayu..kini
antara kita sudah tidak adaapa-apalagi. Tapi saya harap kita masih
dapat saling berkawan. Kalau boleh tidak ada bencrantarakita. Sekali
lagi saya ingin memohon maaf. Tapi kalau Ayu tidak dapat maafkan. Saya
redha..kerana saya yang membuat keputusan ini. saya akan terima
segalanya," hilang sudah nama Aril Cuma digantikan dengan saya. Memang
terlalu formal seperti bicara dengan seorang kawan baru lagaknya.
Ayu
masih diam tetap tidak bersuara walau sepatah pun. Ayu tidak tahu
hendak bercakap apa. Seolah-seolah Ayu seorang pesalah yang malu untuk
mengakui kesalahannya. Ayu bingung. Ayu sedih. Ayu pilu. semua macam
perisa yang Ayu rasakan malam itu. Apa yang penting Ayu tidak akan
bersuara untuk merayu dan Ayu seakan tidak peraaya orang yang duduk
dihadapannya itu adalah Aril, tunangnya. Tidak..bukan tunang tapi bekas
tunang. Ah kalau boleh rasanya hendak diputar kembali waktu yang telah
berlalu ini. sepatutnya dia tidak mahu berjumpa dengan Aril malam
ini.Biar lah berjumpa pada hari lain biar sampai Ayu bersedia untuk
mendengar keputusan muktamad meskipun sebenarnya Ayu tidak pernah akan
bersedia. Ataukah sebenarnya kalau malam ini mereka tidak berjumpa, Aril
tidak akan memutuskan hubungan ini. apakah Aril benar-benar terasa
hati. Sungguh beratkah kesalahan yang Ayu lakukan sampai kan Aril
membuat keputusan diluar jangkaan ini. Sama sekali Ayu tidak pernah
terfikir sejauh ini. tidak pernah. Mungkin Ayu terlalu m
berikan
kepercayaan terhadap kesetiaan Aril yang tidak pernah teruji sedangkan
hakikat sebenarnya Aril kini sedang mempersembahkan dirinya dengan
secetik-cetik kesetiaan. Ah! Betapa sukar hendak dipercaya bahawa malam
ini akan tinggal sebagai sejarah buat Ayu dan Aril. Malam 6th April
2007.
Sesungguhnya
Ayu hanya mampu menangisi nasibnya. Menangis dan terus menangis dia
tidak mahu nanti kepulangannya akan disambut dengan sejuta macam soalan
yang tidak mampu untuk Ayu jawab. Ayu menghabiskan malamnya dengan air
mata. Mungkin inilah pertama dan terakhir kalinya Ayu menangis di depan
Aril. Mungkin! Kerna selepas ini entah bila hendak berjumpa lagi. Entah
siapa pula akan berdiri menggantikan tempatnya nanti. Bukan saja dimata
Aril malahan juga dihatinya. Apakah Ayu akan tersingkir habis dari hidup
Aril seperti keluarnyapelajar Akedemi Fantasia. Atau mungkin kah Ayu
berpeluang akan memiliki Aril kembali seandainya Ayu mampu meraih semula
cinta Aril dan menjadi juara dihatinya seperti Mawi yang diserap masuk
kembali kedalam konsert Akedemi Fantasiayang akhirnya membawa kejuaraan
buatnya. Mungkinkah Ayu kan seperti Mawi. Ya Allah berikan lah aku
kekuatan-Mu sesungguhnya kau jua yang Maha Mengetahui akan
apayangterjadi ini. Ayu berdoa didalam hati bersama linangan air mata
yang bisu sama bisu sepertinyakerna yang mampu bercakap ketika itu hanya
hatinya. Ah sakit benar perasaan ini tiada mampu diucap dengan lidah.
Apatah lagi bila mengenangkan banyak waktu yang telah diisikan bersama
Aril. Esok akan adakah hari-hari yang pernah dilalui itu. Mungkin dengan
lelaki lain? Ah tidak mungkin. aku bukan perempuan yang sesuka hati
menukar cinta. Cinta bukan plaster pembalut luka. Mula-mula pakai satu.
Lepas itu pakai satu lagi kerna luka lama belum berhenti. Ah tidak!!!
Aku benar-benar menyayangi lelaki disamping ku ini. aku yakin ini bukan
perasaan ku semata-mata.
"Ayu..."
setelah lama membiarkan Ayu melayan perasaan sedihnya Aril bersuara
memanggil sayu nama seoramg perempuan yang amat dicintainya.
"lepas
ni..lepas apayangte{adi ini Ayu jangan lah buat perkara yarug tidak
senonoh jangan buat perkara bodoh yang boleh membinasakan cita-cita Ayu.
Masa masih terlalu panjang. Kalau ada jodoh yang kuat mungkin kita akan
bersama kembali," Aril seakan menebarkan sebuah harapan yang belum
pasti lagi.
Dan
Ayu pula masih tertunduk lesu tidak mahu menatap wajah yang tampan itu.
Itu bukan miliknya lagi. Itu mungkin akan jadi milik seorang wanita
yang belum diketahui lagi.tunggu saja biar mas a yang menjawab
segalanya. seandainya benar Aril cinta akan dirinya tidak mungkin Aril
memutuskan pertunangan ini. tapi tidak apalah mungkin perpisahan ini
sekadar untuk menguji kekuatan cinta nya. Andai sebenarnya Aril cinta
akan diri ini Aril tidak akan mencari pengganti dan melupakanku dengan
secepatnya. Tapi bagaimana kalau Aril cari wanita lain seba gai cara
untuk melupakan aku. Ah tidak sanggup rasanya membayangkan drama yang
belum dipertontonkan itu. Seandainya benar. Maka hancur berkecailah hati
ini hancur berderai jadi seperhihan halus. Sakitnya nanti tidak tahu
hendak dirawat dengan apa. Hendak cari ubat dimana. Apa yang penting dia
cuma ada satu iaitu Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Mungkin selama ini cintanya terhadap Maha pencipta masih belum teguh
sehingga dia diuji sebegini.
Ah
biarlah esok yang menentukan segalanya. Biar esok yang menjawab segala
kekusutan ini. semoga perpisahan ini Aril akan bahagia dengan hidupnya.
Biarlah Ayu tidak tahu akan sebab mengapa Aril tega untuk memutuskan
hubungan ini. biarlah perpisahan ini dilabelkan dengan perpisahan
misteri. Biarpun ada ruang untuk bertanya Ayu tidak akan meringankan
lidahnya yang tidak berfulang itu untuk membantu mulutnya supaya
mengeluarkan suara dan bertanya akan apakah sebab
musababnya.
Biarlah... seandainya Aril bahagia dengan semua ini Ayu redha.
Untuk kebahagiaan Aril apa salahnya berkorban. bukan kah cinta itu
sering menagih
pengorbanan? Meskipun pengorbanan itu sendiri
membuatkan dia merasa bahawa dia adalah korban dalam sesuci percintaan
itu dan yang pastinya pengorbanan itu tidak akan pernah mendatangkan
sebuah makna andainya tidak pernah dihargai. Tahukah Aril untuk
menghargai pengorbanan ini. mungkin ya mungkin jua tidak. Biarlah hari
esok yang mendatang merungkai segalanya. Ayu tidak mampu unfuk meneka
kerana esok masih belum menampakkan sinarnya. Biarlah esok yang menjawab
segala persoalan itu dan apa yang penting seandainya Aril akan
berkahwin dengan orang lain dalam masa yangterdekat ini Ayu be{anji
dengan dirinya sendiri tidak akan menghadiri majlis yangpenuh keramat
itu. Tidak akan Ayu hadiri selagi cinta masih untuk seorang lelaki yang
bernama Aril itu. Cuma sekalung doa Ayu kirimkan semoga perkahwinannya
nanti itu akan kekal bahagia hingga keakhir hayat. Ayu tidak menyalahkan
Aril atas apayang telah terjadi kerana Ayu redha dengan ketentuan
Illahi. Mungkin jua Aril ada sebab yang tersendiri mengapa semua ini
terjadi.
Aril
tidak mampu untuk menyatakan kenyataan bahawa dia akan menjadi tunangan
orang. Bukan orang sebenarnya, tetapi keluarganya sendiri iaitu Wena.
Nurin Jalina Bte Hj. Marsud, iaitu anak bongsu kepada adik ibunya. Wena
baru saja balik dari luar Negara setelah dua tahun bertungkus lumus
untuk mencapai cita-citanya didalam bidang architecture. Aril memang
rapat dengan sepupunyayang satu itu kerana Wena adalah satu-satunya
sepupu perempuan Aril yang lain semuanya lelaki. Tapi tidak pula
disangka bahawa Wena yang satu itu akan menjadi isterinya. Sehingga Aril
benar-benar tidak sanggup untuk menyatakan kebenaran itu kepada Ayu.
Tindakkan memutuskan hubungan pertunangan itu sudah terlalu amat
melukakan hati orang yang amat dicintainya apatah lagi kalau dia
memberitahu Ayu bahawa dia akan dikahwinkan dengan orang lain. Orang
yang tidak pernah dicintainya. Yang tidak pernah datang dalam mimpinya
untuk dijadikan suri dalam hidupnya. Tapi yang paling tepat Aril
sebenarnya malu untuk menyatakan kenyataan itu kerana itu menunjukkan
bahawa dia adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai pendirian hidup
sendiri. Segala keputusan masih juga di tentukan oleh orang tua walaupun
dia sudah layak untuk membentuk sendiri corak hidupnya. Tetapi Aril
yakin samaada awal atau akhir Ayu pasti akan tahu jua. Entah bagaimana
rasa sakit hati Ayu yang terpaksa dirawat sendiri olehnya. Aril juga
tidak tahu apayang akan dijawab nanti bila Aril datang kerumah Ayu untuk
menyatakan hasrat untuk mengakhiri hubungannya dengan Ayu.Aril tidak
dapat membayangkannya kerana Aril tidak pernah merasakannya. Sudah
berkali-kali Aril membantah keputusan ibunya yang dianggapnya sudah
ketelaluan benar itu. Sebab itulah dia tidak mahu berjumpa jauh sekali
untuk menghubungi Ayu sejak dua minggu yang lalu. Bukan tidak mahu
sebenarnya tapi dia tidak mahu Ayu dapat menghidu akan keremukkan hati
dan jiwanya. Hatinya benar-benar galaumemikirkan hari perkahwinannya
yang akan berlangsung kurang dari dua bulan ini. ketika ibu Ayu melihat
Aril keluar dengan Wena itupun adalah untuk membelibarang hantaran. Aril
kini tidak mampu menghalang keputusan ibunya yang berkeras untuk
mengahwininya dengan Wena. Kalau boleh Aril tidak mahu
kehilangankedua-duanya. Dia masih mahu ibunya dan dalam masa yang sama
dia juga mahu hidup bersama orang yang amat dicintainya iaitu Nur Arissa
Ayuni. tapi itu Cuma kalau, kerana segalanya telah hancur ditangan
ibunya. Hancur!
Apapun
Aril tidak pula sanggup untuk menderhaka kepada ibunya. Dia tahu Ayu
menderita tapi tanpa Ayu sedari Aril juga menanggung penderitaan yang
teramat dalam. Tidak mampu dibayangkan hidupnya nanti bersama orang yang
tidak pernah dicintainya itu. Namun Aril sudah tidak mampu untuk
memikirkan sebarang jalan untuk membatalkan perkahwinannya. Mungkin
jodohnya dengan Ayu. Cuma setakat tiga tahun sahaja. Tidak lebih dari
itu. Walaupun terlalu sedih tetapi Aril terpaksa. Ya terpaksa itulah
perkataan yang amat sesuai. Cuma jauh disudut hati Aril berharap agar
nanti perkahwinan yang dirancang oleh orang tuanya itu biarlah sentiasa
bahagia dan kekal hingga keakhir hayat dan semoga Ayu yang amat
dicintainya itu akan bertemu kebahagiaan dengan lelaki yang tahu
mencintai dirinya. Aril juga sama seperti Ayu yang menyerahkan apa yang
terjadi ini pada hari esok. Dia juga belum tahu apa yang terjadi
pada esok hari kerana asok belum lagi menampakkan sinarnya.