Motivasi untuk pelajar menjelang peperiksaan PSR



Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 April. - Seramai 153 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) menghadiri Bengkel Motivasi bagi menghadapi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2017 yang berlangsung di sekolah berkenaan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian bengkel ialah Ketua Pegawai Eksekutif YSHHB, Awang Haji Noorhaizamdin bin Haji Mosbi.

Turut menyertai bengkel tersebut Pengiran Anak 'Abdul Muta'ali Haziq Hamidullah bin Pengiran Anak Haji Abdul 'Ali Yil-Kabier dan Pengiran Nur Aabidah Syifa binti Pengiran Anak Haji Mohammed Al Mokhtar.

Antara objektif bengkel tersebut adalah untuk memberikan kefahaman kepada para pelajar pentingnya pendidikan dalam kehidupan mereka dan menanamkan sikap positif, berakhlak mulia, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bersungguh-sungguh dan mempunyai wawasan yang baik.

Selain itu bengkel juga diharap dapat membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan secara berkesan dalam menentukan matlamat hidup di samping memberikan kesedaran kepada pelajar akan kepentingan peperiksaan PSR untuk masa depan pendidikan mereka.

Close