Masjid Jamalul Alam semarakkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan



Berita dan Foto : Noraisah Muhammed


KUALA BELAIT, Sabtu, 2 Mei.- Bagi menyemarakkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2015 dan memohon keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala, seluruh masjid di negara ini serentak mengadakan majlis keagamaan.

Di Daerah Belait, Majlis Solat Fardu Maghrib, Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yaa siin, Membaca Doa Khas dan Solat Fardu Isyak Berjemaah diadakan di Masjid  Muhammad Jamalul Alam Kuala Belait  yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Alias bin Bakar.

Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman hadir pada majlis berkenaan.

norasiah01 02052015 masjid muhammad jamalul alam semarakkan sambutan hari kelauarga kebangsaan

PEGAWAI Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman hadir pada Majlis Solat Fardu Maghrib, Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yaa siin, Membaca Doa Khas dan Solat Fardu Isyak Berjemaah bagi menyemarakkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2015.

Juga hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Yussof bin Haji Dulamin, yang juga Ketua Kampung Mumong, ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kerajaan dan swasta serta penduduk kampung.

Di Masjid Zainab Lumut, majlis serupa telah dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Haji Mohd. Taib; Ketua Kampung Lumut 2, Awang Haji Abdul Rahman bin Hashim berserta penduduk kampung.

HKK merupakan satu pengiktirafan negara kepada penduduk Negara Brunei Darussalam seperti yang pernah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mencerminkan keprihatinan baginda terhadap kekukuhan rakyat baginda yang bermastautin di negara ini.

Sambutan HKK wajar disambut baik dan dimanfaatkan oleh seluruh rakyat dengan memfokuskan cara hidup kekeluargaan yang harmoni dengan mempunyai ilmu pendidikan mantap sebagai bekalan hidup ilmu keugamaan dan pegangan hidup di dunia dan di akhirat, kebudayaan sebagai cara hidup harian dan kesukanan sebagai cara hidup sihat.

Close