Oleh: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Hernie Suliana Haji Othman

TETAMU
Kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Orang Kaya Jaya
Putera Dato Paduka Awang Haji Muhammad Taha bin Abdul Rauf memotong
riben bagi merasmikan cawangan baru TelBru bertempat di Pusat Membeli
Belah Petani Mall di Daerah Tutong.
TUTONG, Jumaat, 8 Mei. -
Dalam usaha untuk terus meningkatkan perkhidmatan kepada para
pelanggannya terutama yang berada di Daerah Tutong, Telekom Brunei
Berhad (TelBru) membuka rasmi cawangan terbarunya bertempat di Kompleks
Beli-Belah Petani Mall bagi menggantikan cawangan TelBru Tutong.
Majlis
perasmiannya disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang
Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Awang Haji Muhammad Taha
bin Haji Abd. Rauf.
Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, Tuan David Kay
dalam ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut berkata, pembukaan
cawangan baru tersebut adalah usaha syarikat berkenaan dalam menyediakan
kemudahan kepada para pelanggannya khususnya mereka yang tinggal di
Daerah Tutong.
Dengan waktu operasi yang dilanjutkan dari pukul
8.30 pagi hingga 9.00 malam setiap hari, para pelanggan, tambahnya, kini
boleh membuat pembayaran ataupun mendaftar kepada perkhidmatan dan
produk-produk TelBru di cawangan baru itu selepas waktu bekerja ataupun
pada sebelah malam.
TETAMU
Kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Orang Kaya Jaya
Putera Dato Paduka Awang Haji Muhammad Taha bin Abdul Rauf
diberikan
taklimat ringkas mengenai dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang
terdapat di cawangan tersebut oleh Ketua Pegawai Pemasaran TelBru, Lim
Ming Soon.
Sejurus perasmian, tetamu kehormat
kemudiannya diberikan taklimat dan penerangan mengenai
perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di cawangan baru itu oleh Ketua
Pegawai Pemasaran TelBru, Lim Ming Soon.
Cawangan TelBru di Petani
Mall merupakan cawangan kelima TelBru yang terletak di kawasan
komersial yang mana cawangan lainnya adalah di Cities Square, The Mall
dan Tanjung Bunut bagi Daerah Brunei dan Muara dan Cawangan Supasave di
Seria.
Dengan kakitangan seramai 14 orang yang bekerja dalam dua
syif, cawangan baru tersebut menawarkan hampir kesemua
perkhidmatan-perkhidmatan TelBru dari pembayaran bil-bil kepada
pertanyaan umum mengenai bil, produk dan perkhidmatan termasuk
permohonan perkhidmatan baru.
Para pelanggan juga boleh membeli
kad-kad prabayar TelBru, barangan cenderahati termasuk
peralatan-peralatan komputer daripada pembekal komputer yang juga
membuka kaunter dalam cawangan tersebut.
TELBRU Cawangan Petani Mall di Daerah Tutong merupakan cawangan kelima ditempatkan di pusat membeli belah sebagai usaha
untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan di daerah tersebut.
Pada
masa yang sama, klinik jalur lebar (broadband clinic) juga dibukakan
bagi membantu para pelanggan menyelaraskan ‘modem’ serta ‘router’
TelBru mereka, di samping lain-lain permasalahan teknikal yang
berkemungkinan berlaku.
Sementara itu, cawangan TelBru Tutong pada
masa ini sedang menjalani proses pengubahsuaiannya dan apabila siap
nanti ianya akan memberi kemudahan bagi perkhidmatan-perkhidmatan
operasi dan teknikal syarikat berkenaan sahaja.