Balai Bomba Bukit Beruang mantapkan operasi JBP



Oleh: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Hernie Suliana Haji Othman


MMENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman semasa   merasmikan bangunan Balai Bomba Bukit Beruang.


TUTONG, Isnin, 11 Mei. - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) terus berkembang dengan mempertingkatkan usaha kearah merealisasikan perancangan-perancangan jabatan termasuk projek pembinaan balai dan perumahan bomba bagi memantapkan tahap tindakan keupayaan khusus dalam bidang operasi selaras dengan perkembangan persekitaran sosial dan ekonomi Negara Brunei Darussalam.

Perkara ini juga adalah selaras dengan rancangan kemajuan perumahan bagi  menampung jumlah peningkatan penduduk, keperluan perkhidmatan perlindungan kecemasan di dalam kawasan dan persekitaran dari segi pengawalan serta tindakan yang lebih efisien.

Bagi memenuhi kehendak tersebut, Balai Bomba Bukit Beruang telah siap dilaksanakan dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku tetamu kehormat  yang berlangsung di  balai berkenaan di sini.

Terdahulu, ketibaan tetamu kehormat disambut oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Rahman.

110515 HERNIE1 BOMBAPENGARAH Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Pada majlis tersebut tetamu kehormat kemudian memeriksa Perbarisan yang terdiri dari anggota Cawangan Operasi  Daerah Tutong.

Majlis didahului dengan bacaan surah Al-Fatihaah dipimpin oleh Ketua Guru Ugama JBP, Awang Haji Adanan bin Haji Ahmad dikuti dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah Bomba dan Penyelamat yang antara lain menjelaskan  bahawa 'Response Time' yang singkat, di bawah 10 minit adalah amat kritikal bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda dalam situasi kebakaran dan kecemasan.

Matlamat JBP  jelasnya adalah meningkatkan kadar pencapaian 'Response Time' 10 Minit ke bawah daripada 74 peratus kepada 85 peratus dalam jangkamasa pendek, dan 90 peratus dalam jangka masa sederhana, seperti saranan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa majlis Perbarisan Kehormatan sempena Sambutan Ulangtahun JBP  Ke-55 tahun pada 28 April 2015.

Majlis pagi ini juga diselajurkan dengan Majlis Penghargaan kepada 45 anggota dan kakitangan contoh JBP dan Balai Bomba Contoh.

110515 HERNIE3 BOMBAYANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri  menyampaikan Anugerah Pegawai Anggota dan Kakitangan Contoh kepada salah seorang penerima (atas)
dan kepada pemenang Balai Bomba Contoh Terbaik Keseluruhan yang disandang oleh Balai Bomba Unit Operasi Wanita Cawangan Operasi 'C' (bawah).

110515 HERNIE4 BOMBA

Pemenang bagi anugerah Sudut Operasi ialah Balai Bomba Unit Operasi Wanita di tempat Pertama;  tempat kedua Balai Bomba Spark dan tempat ketiga Balai Bomba Seria. Pemenang bagi anugerah Sudut Pentadbiran dan Kewangan ialah Balai Bomba Spark di tempat pertama; tempat kedua Balai Bomba Sungai Liang sementara Balai Bomba Beribi menduduki tempat ketiga.

Pemenang bagi anugerah Sudut Teknikal ialah Balai Bomba Spark di tempat pertama; tempat kedua Balai Bomba Tumasek; dan tempat ketiga Balai Bomba Beribi.

Pemenang bagi anugerah Sudut Perancangan dan Latihan ialah Balai Bomba Unit Operasi Wanita di tempat pertama; tempat kedua Balai Bomba Pangkalan Batu; dan tempat ketiga Balai Bomba Sungai Liang.

hernie 110515 balai bomba bukit beruangGAMBAR ramai bersama tetamu kehormat sempena perasmian Balai Bomba Bukit Beruang.

Sementara keputusan Balai Bomba contoh terbaik keseluruhan tempat pertama ialah Balai Bomba Unit Operasi Wanita Cawangan Operasi 'C'; tempat kedua Balai Bomba Spark Cawangan Operasi 'B'; dan tempat ketiga Balai Bomba Tumasek Cawangan Operasi 'F'.

Majlis Penghargaan tersebut diadakan untuk memberi penghargaan kepada semua peringkat anggota serta kakitangan Jabatan berkenaan dalam sama-sama menjayakan acara-acara Sambutan Hari Ulang Tahun JBP yang ke-55 tahun, di samping memberikan mereka anugerah  dalam menghargai jasa bakti, mengikut disiplin, mutu kerja yang produktif komitmen yang telah ditunjukkan dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan jabatan.

110515 HERNIE6 BOMBABALAI Bomba Bukit Beruang  siap dibina pada November 2014 dan sekarang sudah mula beroperasi sepenuhnya.

Pada majlis itu tetamu kehormat dan jemputan-jemputan lain dibawa melawat kemudahan Balai Bomba dan Perumahan Bukit Beruang dan seterusnya bergambar ramai.

Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha; Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Jemputan-jemputan Khas; Pegawai-pegawai Kanan; pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan jabatan tersebut.

Close