Bomba Sungai Liang sumbang khemah



Berita dan Foto : Noraisah Muhammed


BELAIT, Rabu 13 Mei. - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Cawangan Operasi 'B', Balai Bomba Sungai Liang berinisiatif dan membuat projek amal bagi sama-sama membuat sumbangan secara ikhlas kepada masyarakat yang memerlukan sempana Hari Ulang Tahun JBP Ke-55 Tahun.

Antara projek amal ialah perasmian khemah untuk kegunaan di Tanah Perkuburan Orang Islam Mukim Liang khususnya seperti di Perkuburan An Naim, Anduki, Perkuburan Andulau yang diperuntukkan bagi melindungi jenazah dan ahli keluarga daripada cuaca hujan dan panas semasa pengkebumian.

Oleh itu, Majlis Tahlil dan Doa Arwah serta Doa Kesyukuran telah diadakan setelah selesai beroperasi memadam asap di Kawasan Lumut By Pass, Badas dan Mumong semasa kebakaran hutan dan tanah gambut pada bulan Mac dan April lepas.

Bacaan Tahlil dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Imam Masjid Al-Mashor, Kampung Sungai Mau, Awang Haji Abdul Hamid bin Abas.

NORAISAH KESYUKURAN 1 130515PEGAWAI Pemerintah Operasi ‘B’ Muhammad Shareeni bin Haji Muhd. Yussof, Ketua Pemerintah Operasi SSFR Muhd. Sharin bin Haji Muhd. Jonie,
Penghulu Mukim Liang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin ketika majlis tahlil.

Stesen Komander Balai Bomba Sungai Liang S.O Muhammad Ali bin Hassan memberitahu, majlis tersebut juga diteruskan bagi doa kesyukuran perasmian khemah untuk kegunaan di mana Tanah Perkuburan Orang Islam Mukim Liang khususnya.

Hadir ialah Pegawai Pemerintah Operasi 'B', Muhammad Shareeni bin Haji Muhd. Yussof; Ketua Pemerintah Operasi SSFR, Muhd. Sharin bin Haji Muhd. Jonie; Penghulu Mukim Liang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin; Ketua Kampung Lumut II, Ketua Kampung Bukit Sawat, Ketua Kampung Merangking dan Ketua Kampung Labi.

Sementara jemputan khas terdiri daripada anggota Polis Balai Polis Sungai Liang, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Cawangan Belait, Brunei Liquefied Natural Gas (BLNG) dan Ahli-ahli Pasukan Petindak Kecemasan Komuniti (PPKK) Masyarakat Mukim Liang.

​

Close