WBC Brunei Darussalam sertai ASEAN SME 2015



Berita dan Foto: Ihsan Majlis Perniagaan Wanita Brunei Darusalam


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 Mei. -  Rombongan Majlis Perniagaan Wanita (Women Business Council - WBC) Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Di-Pertua Majlis berkenaan,  Datin Paduka Hajah Rokiah binti  Haji Zakiah dan rombongan berlepas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri  Persidangan dan Pameran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ASEAN (ASEAN SME) 2015 bermula 26 hingga 28  Mei 2015.

Pada tahun ini Malaysia  menjadi tuan rumah kepada pameran dan persidangan ASEAN SME 2015.

Pelbagai program telah disediakan sepanjang pameran dan persidangan tersebut antaranya sesi panel dialog mengenai 'GREAT Women : ASEAN collection'  yang akan disertai oleh WBC Brunei pada 27 Mei 2015.

260515 IHSAN FARIDAH ASEAN SMEROMBONGAN  Majlis Perniagaan Wanita (Women Business Council-WBC) Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang di Pertua Majlis berkenaan,
Datin Paduka Hajah  Rokiah binti  Haji Zakiah sejurus sebelum bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Persidangan dan Pameran ASEAN SME 2015.

Acara utama program yang diadakan sempena Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2015 itu ialah sesi Padanan Perniagaan (Business Matching) yang  akan mempermudah hubungan sesama PKS dalam ASEAN bagi membentuk perkongsian perniagaan strategik selain memacu pertumbuhan pelbagai segmen perniagaan dari seluruh rantau.

Program tiga hari yang membawa tema 'Satu Perniagaan, Satu Komuniti' itu akan menjadi 'platform' kepada syarikat tempatan untuk mempamerkan produk inovatif dan berteknologi tinggi serta perkhidmatan kepada  negara anggota ASEAN.

Close