Timbalan Setiausaha Tetap (Pelaburan), Kementerian Kewangan baharu



​Siaran Akhbar JPM

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 Januari. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan supaya Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Industri dan Keusahawanan) di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid untuk ditukar ke Kementerian Kewangan menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Pelaburan) di Kementerian Kewangan.

Tarikh pertukaran pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai hari Khamis 11 Rabiulakhir 1437 Hijrah bersamaan 21 Januari 2016 Masihi.

Close