Berangkat ke Konvokesyen dan Konsert TASKA YSHHB



Oleh: Khartini Hamir Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali


BERANGKAT pada Majlis Konvokesyen dan Konsert yang berlangsung di Dewan TASKA YSHHB ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah berserta kerabat diraja yang lain.


BERAKAS, Ahad, 22 November. - Seramai 210 orang graduan menerima hadiah dan sijil mereka pada Majlis Konvokesyen dan Konsert Taman Asuhan 3, Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB).

Antara penerima sijil pada majlis konvokesyen tersebut ialah cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim dari Taman Asuhan 3 Jingga dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah binti Pengiran Anak Khairul Khalil dari Taman Asuhan 3 Merah.

Turut menerima ialah cucunda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah iaitu Yang Mulia Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah binti Pengiran Anak Haji Abdul Ali Yil Kabier dari Taman Asuhan 3 Kuning.

231115 TASKA KONVO 02 Berangkat ke Konvokesyen dan Konsert TASKA YSHHB

YANG Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad 

Pengiran Anak Haji Abdul Rahim dari Taman Asuhan 3 Jingga menerima hadiah dan sijil daripada tetamu kehormat.

Berangkat pada Majlis Konvokesyen dan Konsert yang berlangsung di Dewan TASKA YSHHB itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berserta kerabat diraja yang lain.

Majlis didahului dengan perarakan masuk graduan TASKA YSHHB ke dalam dewan diikuti dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Bacaan Surah Al Faatihah dan Doa Selamat pula dibacakan oleh Awang Mohd. Nabil bin Haji Maidin.

231115 TASKA KONVO 03 Berangkat ke Konvokesyen dan Konsert TASKA YSHHB

YANG Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah binti Pengiran Anak Khairul Khalil 

dari Taman Asuhan 3 Merah menerima hadiah dan sijil daripada tetamu kehormat.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sijil-sijil serta hadiah kepada para graduan Taman Asuhan 3 ialah Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail.

Penyampaian sijil dan hadiah dimulakan dengan Taman Asuhan 3 Merah diikuti dengan Taman Asuhan 3 Putih, Taman Asuhan 3 Ungu, Taman Asuhan 3 Jingga, Taman Asuhan 3 Kuning, Taman Asuhan 3 Hijau dan Taman Asuhan 3 Biru.

Setelah itu, majlis diserikan dengan persembahan konsert dari kanak-kanak Taman Asuhan 3 didahului dengan drama bertajuk 'Nakhoda Ragam' diikuti dengan persembahan tradisi yang dipilih daripada negara-negara antarabangsa seperti Negara Brunei Darussalam, Arab Saudi, China, India, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

231115 TASKA KONVO 04 Berangkat ke Konvokesyen dan Konsert TASKA YSHHB

YANG Mulia Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah binti Pengiran Anak Haji Abdul Ali Yil Kabier 

dari Taman Asuhan 3 Kuning menerima hadiah dan sijil daripada tetamu kehormat.

Persembahan pertama dari Taman Asuhan 3 Merah turut disertai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah dan pada persembahan dari Taman Asuhan 3 Jingga disertai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah.

Acara kemuncak dan penutup Majlis Konvokesyen dan Konsert ialah nyanyian ramai 'It's Time To Go' dan lagu sekolah 'Long Live YSHHB' dari kanak-kanak TASKA.

Antara objektif majlis ialah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum tahunan TASKA YSHHB, selain untuk memberi penghargaan kepada kanak-kanak Taman Asuhan 3 yang telah menamatkan pendidikan awal di Taman Asuhan tersebut.

Di samping itu, majlis juga untuk memberikan penghargaan kepada kanak-kanak yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam akademik selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara ibu bapa dengan warga TASKA.

Close