Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap



Oleh: Haniza Abdul Latif / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Ashok Kumar Amrohi yang akan menamatkan perkhidmatan.


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Ashok Kumar Amrohi.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 25 Februari 2014.

Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.

Close