Diraikan di Majlis Makan Malam



Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan / Foto : Ihsan Kementerian Pendidikan


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Februari. - Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman,  menghoskan Majlis Makan Malam bagi meraikan  Menteri Pendidikan Thailand, Tuan Yang Terutama Dr. Teerakiat Jareonsettasin selaku Presiden Majlis Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO Council) Ke-48 berserta rombongan.

Majlis Makan Malam tersebut diadakan di Horizons Seafood Restaurant, di sini, yang juga dihadiri oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes dan pegawai-pegawai Kanan dari kedua dua negara.

TYT  berada di negara ini bagi lawatan kerja selama dua hari bermula hari ini yang  juga merupakan salah satu siri lawatan ke negara-negara ahli SEAMEO.

Mengiringi TYT ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan Thailand, Ms. Duriya Amatavivat;  Pengarah Sekretariat SEAMEO, Dr. Gatot Hari Priowirjanto; pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan Thailand dan Sekretariat SEAMEO.

Close