Jalan Dadap ke Telanai terima peruntukan kewangan



Laporan : Nurafizah @ Nurul Shadah Samat  / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Muhammad Asri Haji Awang Abas



LOGO MMN 2016BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Mac. - Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah berharap kerjasama dan sumbangan buah fikiran Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bernas ke arah pembaikan dasar, strategi dan pelaksanaan yang diperlukan dalam menjaga kepentingan negara akan diteruskan serta dipertingkatkan pada masa akan datang.

Dalam pada itu Yang Berhormat sempat menjawab dua soalan yang telah dihadapkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit berkaitan dengan jalan alternatif yang disediakan peruntukan bagi Tahun Kewangan 2017 / 2018 berkenaan ialah Jalan Dadap ke Telanai dalam pada masa ini tahap penyiapan sebanyak 35 peratus.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan menegaskan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan balas pada Persidangan Majlis Mesyuarat Negara yang berlangsung petang tadi.

Yang Berhormat menjelaskan, Jalan Kecil Telamba walaupun ada dalam perancangan tidaklah tersenarai sebagai keutamaan buat masa ini.

Seterusnya Yang Berhormat menjawab soalan berhubung kolam tadahan dan dataran Sungai Tutong bagi tujuan mitigasi banjir, Yang Berhormat menjelaskan bahawa perkara tersebut pada peringkat ini dalam proses tawaran dan skopnya sudah tentu meliputi pembaikan status Sungai Tutong sebagaimana perlu dan sesuai.
Close