Bandarku Ceria, Bandarku Bersih Inisiatif Hari Tanpa Kereta



Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri



BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Januari. - Program Bandarku Ceria bertujuan untuk menghidupkan suasana Bandar Seri Begawan (BSB) dan menjadikannya sebagai sebuah bandar yang dinamik, 'vibrant' dan unggul di mana pada program tersebut merupakan Hari Tanpa Kereta di kawasan pusat BSB.

Dalam hal ini, beberapa jalan raya di kawasan BSB telah pun ditutup di antara 6.00 pagi hingga 10.00 pagi setiap hari Ahad mulai 2 Oktober 2016 yang lalu.

Sehubungan ini, selain dari jalan-jalan yang telah ditutup pada masa ini, adalah dimaklumkan terdapat penambahan jalan raya yang akan ditutup sepenuhnya di antara 6.00 pagi hingga 10.00 pagi iaitu Jalan Sekolah dan Jalan Haji Basir.

Dengan ini, pengguna-pengguna kenderaan adalah dinasihatkan untuk menggunakan laluan Lebuhraya Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Menteri Besar, Jalan Kebangsaan dan Jalan Kianggeh untuk menuju ke pusat bandar.

Dalam hal berkaitan, bagi keselamatan orang ramai penutupan Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien akan dilanjutkan di antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pada masa ini, Jalan Pemancha, Jalan Pretty dan Jalan Elizabeth II adalah jalan-jalan yang telah digunakan bagi aktiviti berjaja dan sebagai tambahan Jalan Roberts juga dibukakan bagi aktiviti berjaja mulai 22 Januari 2017 di antara 6.00 pagi hingga 6.00 petang.

Close