Fun Night Ride meriahkan Karnival Mengkubau 2018



Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin





MENTIRI, Sabtu, 3 Februari. - Hampir 130 peserta mengikuti Fun Night Ride sempena Karnival Mengkubau 2018 yang bermula dan berakhir di Taman Riadah, Bukit Mengkubau, Jalan Tanjong Selasih, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mengkubau, di sini.


Aktiviti tersebut diserikan dengan cabutan bertuah yang mana para pengayuh berpeluang memenangi tiga buah basikal dan beberapa hadiah menarik yang lain. Bazar Jualan turut memeriahkan suasana di sepanjang taman riadah tersebut.


Dengan slogan 'Lakastah ke Mengkubau', karnival anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Panchor Mengkubau dengan kerjasama Syarikat ADPutra (B) Sendirian Berhad dihasrat untuk memberi peluang kepada para pengusaha dan peniaga tempatan khususnya untuk memperkenalkan rangkaian produk masing-maisng secara meluas serta memasarkan hasil Satu Kampung Satu Produk (1K1P)  kepada orang ramai.


MPK RPN Panchor Mengkubau ditubuhkan secara rasmi pada 29 Mei 2016 yang mana antara lain bertujuan untuk memeduli kesejahteraan dan kebajikan warga penduduk di RPN Panchor Mengkubau.



Close