Tiga individu, dua syarikat dikenakan kompaun



Siaran Akhbar dan Foto : Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara





BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Februari. - Operasi penguatkuasaan mengenai isu kebersihan kini semakin giat dilaksanakan dan kali ini operasi diadakan di kawasan Pekan Muara dan persekitaran kawasan Kampung Mulaut.


Hasil operasi dari Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara sebanyak empat kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan-kesalahan membuang tin minuman dan puntung rokok.


Tiga warganegara Bangladesh, iaitu Nikhil, Muhammad Rubel Ahmed dan Gour Kirtania telah dikenakan denda  di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Penggal 30). Sebuah syarikat, iaitu Saliani Minimart Sdn. Bhd. turut dikenakan denda di bawah akta yang sama.


Individu-individu tersebut dan syarikat berkenaan dikehendaki untuk mejelaskan kompaun tersebut dalam tempoh satu minggu dari tarikh ia dikeluarkan. Jika gagal, tindakan selanjutnya akan dilaksanakan.


Denda bagi setiap individu adalah BND100 dan setiap syarikat adalah BND200.


Dalam operasi berasingan yang diadakan pada 1 Februari lalu, Syarikat Usaha Tasbih yang bertempat di Kampung Kilanas  dikenakan denda kompaun sebanyak BND200 atas kesalahan yang sama.


Jabatan Daerah dan Muara ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa bekerjasama memastikan kawasan-kawasan khususnya kawasan premis perniagaan, kawasan kaki lima, kawasan letak kereta dan tempat awam dijaga dengan bersih.



Close