Malam Gala Sukarelawan Pusat Belia



Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Hamzah Mohidin





BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Februari. - Bagi meraikan kelancaran Festival Disember Brunei (Brunei December Festival - BDF)2017 dan juga  menghargai jasa-jasa ahli sukarelawan yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang memberangsangkan, Alumni Sukarelawan BDF mengadakan Malam Gala untuk sukarelawan Pusat Belia  di Dewan Riadah, Pusat Belia di ibu negara.


Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.


Antara yang hadir ialah para jemputan terdiri daripada pihak KSSUP, kakitangan Pusat Belia, para sukarelawan yang berdaftar di bawah BDF, penaja-penaja dan semua pihak yang terlibat.


Pengerusi Majlis, Awangku Md. Hazim Firdaus bin Pengiran Hamdani dalam ucapan penghargaannya antara lain melahirkan rasa terima kasih kerana para sukarelawan diberi peluang untuk belajar dan segala cabaran berjaya dihadapi agar dapat terus berusaha dan memberi perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang.


Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada para sukarelawan dan kepada semua pihak yang terlibat.


Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian daripada beberapa sukarelawan  dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah bagi Pakaian Terbaik Lelaki dan Perempuan.


Malam Gala tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama sukarelawan, penaja-penaja dan tetamu kehormat majlis.



Close