Pupuk semangat kesukanan melalui Larian Seni Bela Diri 2017



Oleh : Nooratini Haji Abas \ Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 31 Disember. - Lebih 50 peserta menyertai Larian Seni Bela Diri 2017 sempena Brunei December Festival 2017.

 

Pelepasan larian sejauh 3 kilometer itu bermula dan berakhir di Kawasan Letak Kereta Berhadapan Muzium Alat kebesaran Diraja, di ibu negara, di sini.

 

Sebelum larian bermula, acara didahului dengan sesi memanaskan badan.

 

Larian tersebut bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, di samping memberi kesedaran tentang pentingnya larian untuk stamina dalam apa jua aktiviti termasuk aktiviti seni bela diri.

 

Ia merupakan anjuran Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Lembaga Pelancongan Brunei.



Close