Brunei Film Blitz melabuh tirai



Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid \ Foto : Azmah Haji Ahad

 

 



JERUDONG, Ahad, 31 Disember. - 'Black Cat' Liyana Hanif memenangi BND 10,000 bagi 48 Hour Film Blitz yang dianjurkan oleh Brunei Film Blitz manakala 'Wish You Were Here' Malek Razak menjuarai Kategori Sebutan Juri khas sementara 'Selamat Malam' Visionary Project membawa pulang BND5,000 bagi Kategori Terbuka.

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.

 

Turut berangkat, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Munjiyyatul Athirah binti Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir.

 

Selepas tiga hari pengeluaran dan saringan filem yang sengit, Brunei Film Blitz telah melabuh tirainya dengan penganugerahan hadiah kepada para pemenang yang diadakan di Ruang Legar The Empire Hotel & Country Club Jerudong.



Close