Hotwheels Bike and Car Show berakhir 31 Disember



Oleh : Aimi Sani





BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Disember. - Festival Disember Brunei 2017 merupakan perayaan pertama yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Brunei dengan kerjasama beberapa pelbagai pihak yang berkepentingan.

 

Antara matlamat festival diadakan adalah bagi menyatukan beberapa acara dan aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pelbagai pengurus acara yang diadakan pada penghujung tahun.

 

Antara pengisian festival ini ialah Acara Hotwheels Bike and Car Show yang sedang berlangsung di kawasan letak kereta berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja, di sini.

 

Pesta kereta tersebut merupakan salah satu acara yang dikendalikan oleh Andika Samudera Event Management dan disokong oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP).

 

Sehubungan itu, penyampaian hadiah kepada para peserta disampaikan oleh Pemangku Setiausaha Tetap KSSUP, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan bagi mengunjungi acara tersebut yang berlangsung sehingga 31 Disember ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.



Close