'The Spotlight' tampilkan belia berbakat



Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani \ Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Disember. - Sebanyak 12 peserta mempersembahkan bakat masing-masing pada 'The Spotlight' sempena Festival Disember Brunei 2017 dengan membawakan pelbagai persembahan dalam bidang nyanyian, silap mata, tarian, permainan yoyo dan sebagainya.

 

Hadir menyaksikan persembahan yang berlangsung di Sekolah Antarabangsa Jerudong, di sini ialah Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud.

 

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kemajuan Pelancongan, Awang Haji Mohammad Zamree bin Haji Junaidi.

 

Persembahan tersebut dikelolakan oleh Living Momentsbn dan disokong oleh Lembaga Pelancongan Brunei yang diadakan bertujuan bagi menampilkan bakat para belia negara ini.



Close