Pertukaran dan pelantikan Pegawai-Pegawai Kanan



Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri

 




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 November. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi pertukaran dan pelantikan pegawai-pegawai kanan tersebut.

 

Menurut Siaran Akhbar JPM, Setiausaha Tetap (Undang-Undang dan Kesejahteraan), JPM dan juga Pengarah Biro Mencegah Rasuah dan Peguamcara Negara, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Juanda bin Haji A. Rashid ditukar ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menjadi Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Dayang Elinda binti Haji C. A. Mohamed dilantik menjadi Setiausaha Tetap di JPM dan juga sebagai Pengarah Biro Mencegah Rasuah.

 

Tarikh pertukaran dan pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai Khamis, 13 Safar 1439 bersamaan 2 November 2017.


Close