Penjaga gawang muda perlu latihan bersistematik



Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 Oktober. - Jurulatih penjaga gawang Jepun, Suzuki Daichi percaya penjaga gawang muda di Brunei perlu latihan yang lebih bersistematik.

 

Bekas jurulatih penjaga gawang di J-League 2 side, Thespakusatsu Gunma dan pasukan wanita kebangsaan Cina, Taipei itu berkata, walaupun 20 penjaga gawang muda yang menghadiri Sesi Latihan Penjaga Gol Terbuka Brunei Darussalam di Field Turf Buffer NFABD itu berada di landasan yang betul, mereka boleh meningkat lebih cepat jika dilatih dengan lebih baik.

 

Tambahnya, sebahagian daripada mereka berada pada kedudukan dan masa yang tidak tepat, mereka boleh menjadi lebih baik jika mereka didedahkan dengan lebih banyak sesi latihan peringkat pertandingan, sejurus selepas sesi latihan selesai.

 

"Apa yang saya maksudkan dengan sesi latihan peringkat pertandingan ialah sesi latihan 11 lawan 11, di mana penjaga gol bermain dalam senario perlawanan bersama seluruh pasukan dan bukan setakat untuk melatih mereka," ujarnya.

 

Berumur di antara 10 hingga 16 tahun, tujuh penjaga gawang muda adalah dari pembangunan akar umbi Projek Ikan Pusu (PIP).

 

Lima terdiri dari pasukan pembangunan belia NFABD, tiga dari Bang Dalam FC, dua dari Sekolah Rendah Panaga dan selebihnya dari pasukan komuniti.

 

Di samping itu, 13 pelatih membantu Daichi dengan latihan.

 

Bagi pihak PIP turut melahirkan rasa terima kasih kepada pihak NFABD kerana memberikan peluang kepada para penjaga gawang dan jurulatih untuk belajar serta mendapat manfaat dari kemahiran, pengetahuan juga pengalaman jurulatih penjaga gawang Jepun terkenal ini, jelas Ketua Jurulatih PIP, Awang Haji Omar bin Haji Jamil.

 

"Kami menghargai peluang ini untuk mengemas kini dan memperbaiki diri. Pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat dan PIP akan sentiasa mengambil setiap peluang untuk peningkatan serta kemajuan bagi kebaikan bola sepak Brunei," ujarnya.

Close