Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Oktober. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Pemangku Pengarah Penerbangan Kebawah DYMM, Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Wardi bin Haji Abdul Latip ditetapkan dalam jawatan yang dipangkunya sebagai Pengarah Penerbangan Kebawah DYMM di Pejabat Penerbangan Kebawah DYMM mulai 1 Oktober 2017.