Alumni Sekolah Sukan ke Sukan SEA diraikan



Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Kementerian Pendidikan melalui Sekolah Sukan mengadakan Majlis Penghargaan Pelajar Alumni Sekolah Sukan yang akan mewakili negara ke Sukan SEA Ke-29, Kuala Lumpur (19 - 30 Ogos 2017) bertempat di salah sebuah restoran di Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Antara tujuan majlis tersebut adalah bagi memberi penghargaan dan sokongan moral kepada pelajar juga bekas pelajar Sekolah Sukan kerana terpilih mewakili negara ke Sukan SEA Ke-29, Kuala Lumpur.

Bagi acara Sukan Golf nanti akan diwakili oleh Md. Qazzri Fakhri bin Haji Aslimon dan Mohammed Qawim Fakhri bin Haji Aslimon.

Manakala bagi acara Sepak Takraw terdiri dari Abd. Hadi bin Saidin; Muhamad Basyiruddin bin Haji Kamis; Muhd. Hafizzuddin bin Jamaluddin; Muhd. Alifuddin bin Jamaluddin dan Muhd. Shahrine bin Bubin.

Sepuluh orang pula akan mewakili bagi acara Bola Sepak, iaitu Muhammad Ishyra Asmin bin Jabidi; Muhd. Naziruddin bin Haji Ismail; Md. Akif bin Haji Roslan; Awangku Faezuddin bin Pengiran Haris; Mohammad Amin bin Haji Sisa; Mohammad Shafie bin Haji Mohd. Effenddy; Awangku Md. Alimuddin bin Pengiran Jamaludin; Mohamed Zulkhairy Hady bin Razali; Mohd. Burhanuddin bin Haji Edy Asmady dan Mohd. Hanif bin Hamir.

Sementara itu, seorang pelajar akan mewakili bagi Sukan Wushu, iaitu Basma Lackar.

Close