Seramai 35 orang menerima Bintang Kebesaran NBD



Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Hernie Suliana Haji Othman, Azmah Haji Ahad, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 35 orang penerima sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-71 Tahun di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan mengurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) yang membawa gelaran 'Dato Paduka Seri' kepada dua penerima, iaitu Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Ketua Kepolisian Indonesia, Yang Terhormat Jenderal Polisi Dr. Andas Haji Mohammad Tito Karnavian.

 

Seterusnya diikuti dengan pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B) yang membawa gelaran 'Dato Seri Paduka' kepada lapan Timbalan-Timbalan Menteri, iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Keselamatan dan Media), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar; Timbalan Menteri di JPM (Korporat, Penggerak dan Ekonomi), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohamad Roselan bin Haji Mohamad Daud; Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah; Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohammad Yusof; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Ghafar.

 

Kebawah DYMM seterusnya mengurniakan Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kedua (D.S.S.U.B) kepada dua penerima, iaitu Yang Arif Pengiran Haji Mohd. Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan Yang Mulia Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof yang membawa gelaran 'Dato Seri Setia'.

 

Sementara itu, seramai 13 orang lagi dikurniakan dengan bintang kebesaran Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) yang membawa gelaran 'Dato Paduka' kepada Tuan Yang Terutama Awang Haji Haini bin Haji Hashim; Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman; Kapten (Bersara) Awang Abd. Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar; Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman; Awang Haji Rosli bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Md. Salleh; Pemangku Pesuruhjaya Polis, Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali; Dr. Awang Haji Junaidi bin Haji Abd. Rahman; Awang Haji Husaimee Ahmad bin Haji Hussin, Puan Yang Terutama Dayang Hajah Rakiah binti Haji Abdul Hamid @ Lamit; Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; Dayang Hajah Maslina binti Haji Mohsin; Dayang Hajah Hindun binti Dato Paduka Haji Noordin dan Dayang Hajah Fara binti Dato Haji Nasir.

 

Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam diteruskan dengan pengurniaan Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B) kepada tiga orang penerima, iaitu Awang Haji Rosle bin Haji Jumat @ Jumaat; Awang Haji Mas Raduan bin Haji Jumat dan Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Haji Awang Damit.

 

Manakala seramai tujuh orang penerima lagi dikurniakan dengan Bintang Kebesaran Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B), iaitu Shaikh Haji Fadilah bin Shaikh Haji Ahmad; Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Awang Haji Mohd. Yusree bin Haji Junaidi; Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah; Mr. Nigel Badminton; Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dan Dayang Hajah Noor Qamar binti Haji Sulaiman.



KEBAWAH DYMM berkenan mengurniakan Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kedua (D.S.S.U.B) kepada dua penerima, iaitu Yang Arif Pengiran Haji Mohd. Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan Yang Mulia Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof yang membawa gelaran 'Dato Seri Setia'.


KEBAWAH DYMM semasa mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) yang membawa gelaran 'Dato Paduka' kepada Tuan Yang Terutama Awang Haji Haini bin Haji Hashim; Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman; Kapten (Bersara) Awang Abd. Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar dan Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman.


 KEBAWAH DYMM semasa mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) yang membawa gelaran 'Dato Paduka' kepada Awang Haji Rosli bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Md. Salleh; Pemangku Pesuruhjaya Polis, Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali; Dr. Awang Haji Junaidi bin Haji Abd. Rahman dan Awang Haji Husaimee Ahmad bin Haji Hussin.


 KEBAWAH DYMM semasa mengurniakan Bintang Kebesaran Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B) pada Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam, di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Close