Ubah 'mindset', sikap penting gerak perkhidmatan cemerlang



LOGO MMN 2015

Oleh: Norliah Md. Zain / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. - Yang Berhormat Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Ahli Yang Dilantik Dalam Kalangan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan berkata, perubahan ‘mindset’ dan sikap setiap warga Perkhidmatan Awam amat penting untuk menggerakkan perkhidmatan ke arah yang lebih cemerlang.

Ekspektasi orang ramai semakin meningkat dan memerlukan sistem Perkhidmatan Awam yang lebih ‘responsive’, tulus dan berkesan.

Yang Berhormat berkata demikian ketika membahaskan usul yang telah dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong di bawah Perkara VI, Usul-Usul Yang Diberi Notis.

Tambahnya, memperkasa sektor awam tidak memerlukan banyak perubahan kerana yang terpilih di sektor awam memang sudah mempunyai kelulusan yang tinggi, hanya memerlukan satu ‘attitude’ bagi melaksanakan tanggungjawab yang sentiasa mempunyai positif ‘mindset’ kepada ‘stability’ dan pemudah cara untuk maju ke hadapan bagi menjana ekonomi.

asri01 08032015 ubah mindset sikap penting gerak perkhidmatan cemerlang

YANG Berhormat Haji Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman.

Semua ini memerlukan tindakan yang positif, ujar Yang Berhormat, bagi menggerakkan semua warga di sektor awam dan juga sektor swasta dengan pengenalan program-program negara bagi membantu peniaga-peniaga kecil dan sederhana dan pengusaha-pengusaha yang mahu maju ke hadapan.

Peranan positif ‘mindset’ kepada rakyat supaya lebih matang bertindak selaras dengan tuntutan zaman jelas Yang Berhormat, adalah juga menjadi sukat-sukat dan asas bagi setiap cadangan atau pandangan yang kita utarakan.

Close