Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 April. - Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Pemangku Pengarah Perancangan dan Pengurusan Estet, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Omarali bin Haji Mohd. Jaafar dinaikkan pangkat dan ditetapkan dalam jawatan yang dipangkunya sebagai Pengarah Perancangan dan Pengurusan Estet di Kementerian Pendidikan mulai 22 Mac 2017.